Infotainment

“Bajet Mat Saleh? Aku Memang Mat Saleh”

“Bajet Mat Saleh? Aku Memang Mat Saleh”
"Bajet Mat Saleh? Aku Memang Mat Saleh" 1

Baru-baru ini, pelakon Amelia Henderson ada membuat Instagram Live bersama para peminatnya. Bagaimanapun, ada cerita tak sedap di dengar apabila ada netizen meninggalkan komen melabel pelakon itu bajet seperti mat saleh.

Netizen itu turut menegur Amelia supaya bercakap dalam bahasa Melayu. Komen netizen itu membuatkan Amelia bingung seketika.

BACA: Amelia Handerson Tak Peduli Dilabel Pelat & Seksi

Tidak melatah dengan dakwaan tersebut, dalam keadaan tersenyum Amelia berkata dia sememangnya mat saleh serta mempersoalkan kembali maksud individu berkenaan mengenai kenyataan bajet mat saleh yang dilemparkannya itu.

“Bajet mat salih? Bro, aku memang mat salih like, what do you mean? Saya bingung sekarang. Kalian semua, saya berketurunan separuh orang Scotland, suku orang India, suku orang Sri Lanka,” katanya.

Menerusi sesi Live itu, Amelia turut menjelaskan dia sememangnya bercakap dalam bahasa Inggeris sejak kecil lagi.

Diakhir video itu, Amelia berkata dia tidak memarahi individu tersbeut tetapi meminta untuk berfikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen sedemikian.

Difahamkan, ibu Amelia merupakan seorang doktor gigi yang berketurunan India dan Sri Lanka bernama Jaya Rudralingam. Bapanya pula seorang arkitek yang berketurunan Scotland bernama Graham Henderson.


"Bajet Mat Saleh? Aku Memang Mat Saleh" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list