Loan Rumah Untuk Penjawat Awam

Anda penjawat awam? Nak bina rumah dengan kami tanpa sebarang deposit? Kami akan bantu anda bina rumah anda dari A-Z. Kami uruskan dari lukis pelan, permohonan LPPSA hinggalah serah kunci. Kami adalah One Stop Centre! Anda cuma serahkan dokumen, dan biar kami uruskan selebihnya.

Tahukah anda? Setiap tahun LPPSA telah meluluskan hampir 40,000 permohonan dengan kadar penolakan yang rendah.

Buat masa ini, RM9-10 bilion setahun telah dikeluarkan oleh LPPSA untuk pinjaman perumahan kepada penjawat awam.

rumahibs01
lppsa
Kelebihan Pakai Loan LPPSA

Ada banyak kelebihan pinjaman perumahan kerajaan yang boleh dinikmati oleh penjawat awam. Antaranya:

Mendapat pinjaman sehingga 100% dengan kadar faedah yang lebih rendah pada 4.0%.

⚡ Layak memohon pembiayaan kedua, dengan syarat baki hutang pembiayaan pertama selesai sepenuhnya, dan kelayakan tertakluk kepada ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok semasa.

Tempoh pinjaman untuk pinjaman pertama adalah selama 30 tahun, manakala untuk pinjaman kedua adalah selama 25 tahun. Tempoh ini juga bergantung kepada usia peminjam.

Pakej perumahan sehingga usia 90 tahun (berbeza dengan pinjaman bank yang menghadkan sehingga usia 75 tahun).

Faedah atas baki pinjaman mengikut kaedah baki berkurangan bagi setiap bulan jadi faedah bagi bulan seterusnya akan berkurangan.

Bina Rumah LPPSA Zero Deposit
pbt 2
Kontraktor Design & Build

Bahasa mudahnya, kami akan uruskan A-Z. Bermula dari penyediaan pelan rumah, submissson PBT, pembinaan rumah sehinggalah sijil CCC, semua urusan ini akan diuruskan oleh pihak kami. ALL IN ONE!

Actions speak louder than words

Galeri Projek Pembinaan Rumah IBS

Anda dialu-alukan untuk datang ke tapak pembinaan bagi melihat sendiri cara pembinaan Rumah IBS dan kualiti kerja yang kami berikan.

SOALAN LAZIM BERKAITAN RUMAH IBS

1) Apa itu Rumah IBS?

  • IBS adalah singkatan bagi “Industrialized Building System”, atau dalam Bahasa Malaysia dipanggil rumah pasang siap. Terdapat banyak jenis IBS yang ada dalam pasaran, dan jenis yang kami gunakan ini dipanggil Concrete Sandwich Panel.

2) Apa kelebihan & kelemahan rumah IBS jenis ini?

  • Kelebihan IBS:
    1. Rumah lebih kukuh kerana seluruh permukaan dinding mempunyai 2 lapisan besi mesh wire. Ditambah pula dengan 2 lapisan konkrit yang padu, menjadikan rumah lebih selamat.
    2. Rumah lebih selesa kerana terdapat heat insulation pada dinding rumah.
    3. Kualiti pembinaan rumah lebih terjamin.
    4. Penjimatan 20% dalam kos pembinaan.
  • Kelemahan IBS:
    1. Konsep pembinaan yang masih baru dalam pasaran
    2. Sebahagian orang masih meragui ketahanan rumah IBS
    3. Pemilik rumah perlu mengetahui cara tersendiri untuk ubahsuai rumah IBS.

3) Dalam dinding rumah ada gabus. Rumah kukuh ke?

  • Ya, bahkan lebih kukuh berbanding rumah batu-bata! Gabus (EPS Foam) yang berada di bahagian dinding adalah sebagai heat insulation sahaja, supaya rumah tidak panas. Kekukuhan rumah dijamin oleh struktur rumah yang mempunyai lebih banyak besi berbanding rumah batu-bata, dan 2 lapisan konkrit yang disembur, sedangkan rumah batu-bata sekadar plaster sahaja.

4) Macam mana nak buat renovation?

  • Disebabkan seluruh dinding rumah mempunyai 2 lapisan besi mesh wire, kontraktor renovation tidak boleh hack dinding. Mereka perlu memotong bahagian yang ingin dibuat bukaan dengan menggunakan grinder. Pegawai kami akan menjelaskan lebih detail semasa proses serah kunci rumah.

5) Apa prosedur bina rumah?

  • Sepertimana yang dinyatakan dalam brochure kami, prosedur bina rumah adalah seperti berikut:
    1. Semakan loan/ budget
    2. Conceptual Drawing
    3. Estimation Cost
    4. Commitment Fee RM5,000
    5. Detail Drawing
    6. Quotation
    7. Perjanjian Bina Rumah
    8. Permohonan PBT
    9. Urusan Pembiayaan
    10. Pembinaan Rumah
    11. Serah Kunci Rumah
    12. Serah Sijil CCC

6) Berapa kos bina rumah IBS?

  • Kos pembinaan rumah bergantung kepada saiz rumah, design & spesifikasi. Kami telah sediakan kalkulator khusus untuk anda dapatkan anggaran kos bina rumah secara percuma. Sila layari http://majugroup.my/my-quotation

7) Boleh syarikat bantu dapatkan kelulusan Majlis?

  • Kami adalah kontraktor Design & Build yang mana team kami akan uruskan A-Z berkenaan pembinaan rumah ini. Bermula dari penyediakan pelan rumah, submit ke PBT, dapatkan kelulusan, membina rumah, sehinggalah mendapatkan sijil CCC.

8) Saya dah ada plan rumah. Boleh syarikat bina rumah pakai plan rumah saya?

  • Sila hantarkan pelan rumah anda kepada kami. Team kami akan semak untuk pastikan plan tersebut sesuai dengan syarat-syarat PBT.

9) Syarikat boleh bina rumah area mana ye?

  • Buat masa ini, kami memfokuskan pembinaan rumah di area Selangor, Kuala Lumpur & Negeri Sembilan.

10) Apa spesifikasi rumah yang syarikat provide?

  • Kami tidak terikat dengan sebarang spesifikasi. Anda boleh memilih spesifikasi rumah sesuai dengan keinginan anda. Kami telah sediakan 2 contoh spesifikasi rumah untuk panduan anda. Untuk lebih detail, sila layari http://majugroup.my/spesifikasi-rumah

11) Apa itu Skim Zero Deposit?

  • Skim Zero Deposit adalah kemudahan yang kami sediakan untuk penjawat awam yang ingin membina rumah menggunakan pembiayaan LPPSA. Anda tidak perlu runsing untuk sediakan duit yang banyak untuk membayar kos-kos awalan, kerana semua kos tersebut akan dimasukkan dalam amount pembiayaan LPPSA.

12) Saya berminat. Apa langkah pertama yang perlu saya buat?

  • Tahniah! Anda telah membuat keputusan yang tepat. Langkah pertama, anda perlu buat semakan anggaran kos pembinaan rumah melalui link ini: http://majugroup.my/my-quotation

Team kami akan hubungi anda untuk perbincangan lebih detail. Oh ya, konsultasi yang kami berikan ini adalah percuma.

Dalam 1 tahun, kami buka untuk 12 pelanggan yang terawal sahaja.
Sila isi borang di bawah untuk tempahan slot. Bertindak sekarang sebelum kuota habis!
Semakan Kelayakan Pembiayaan LPPSA
  • Pihak kami akan bantu anda untuk membuat semakan kelayakan pembiayaan LPPSA.
  • Semua maklumat adalah SULIT dan akan digunakan untuk tujuan semakan LPPSA sahaja.
  • Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 016-3547300