Artikel Terkini

10 Kelebihan Surah Al-Kauthar – Aku Muslim

10 Kelebihan Surah Al-Kauthar – Aku Muslim
10 Kelebihan Surah Al-Kauthar - Aku Muslim 1

Apakah kelebihan Surah Al-Kauthar? Artikel ini akan membincangkan tentang beberapa kelebihan dalam membaca dan mengamalkan bacaan surah Al-Kauthar.

Pengenalan

Dikenali sebagai surah yang paling pendek di dalam Al-Quran dan mengandungi tiga ayat sahaja. Surah Al-Kautsar telah diturunkan di Makkah. Maksud Al-Kautsar sendiri adalah bermakna sebuah sungai yang mengalir di syurga. Dikatakan sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. Airnya pula manis rasanya seakan-akan madu. Jika dipandang jelas warnanya lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Ini boleh disemak kembali kepada peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW bersabda, “Ketika aku berjalan mengelilingi Syurga, diperlihatkan kepadaku sebuah sungai yang kedua bahagian tepinya terdapat bangunan kubah yang diperbuat daripada intan berlian.

“Kemudian seorang malaikat yang bersama-sama dengan Rasulullah berkata, “Tahukah engkau wahai Muhammad, apa yang sedang engkau saksikan ini? Inilah Al-Kautsar yang Allah SWT telah siapkan untukmu.” (Tafsir At-Thabari).

Bukan itu sahaja, malah tatkala Nabi Muhammad SAW diberikan ujian berat dengan kewafatan dua orang insan yang disayangi iaitu anak lelaki baginda yang kedua semuda usia setahun dan bapa saudara, Abu Talib, surah ini telah diturunkan sebagai penghibur hati baginda.

Kelebihan Membaca Surah Al-Kauthar

1. Mendapat sepuluh ganjaran pahala untuk setiap satu huruf

Setiap orang yang membaca Al-Quran akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT. Sama ada kita fasih dalam melafazkannya atau masih tergagap-gagap ianya bukanlah sesuatu yang dinilai. Sebalikya sesiapa sahaja yang membaca Al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala untuk setiap satu huruf yang dibaca.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a, ia berkata: “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahal, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Hadith Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Ad-Darimi Tirmii dalam Sunan Tirmize, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hdith 2910, status hadith ini hasan sahih)

2. Terhindar dari musuh

Dalam ceramah Ustaz Abdullah Khairi ada diselitkan kelebihan surah ini iaitu sebagai pertolongan menghindari musuh. Ramai orang pada hari ini gemar melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama kerana iri hati, cemburu, atau dengki.

Sebagai manusia kita mempunyai keterbatasan untuk melakukan semua perkara. Adalah wajar untuk kita meminta pertolongan dan perlindungan dari Allah SWT agar terhindar dari perkara-perkara buruk.

Kaifiat surah ini jika rumah dipercayai terkena gangguan sihir, ikhtiarlah dengan mengamalkannya. Dengan izin Allah, akan diilhamkan kepada kita tentang dimana letaknya sihir itu.

3. Sebagai pembuka rezeki dan ilmu

Surah Al-Kautsar juga dikaitkan dengan sebagai pembuka rezeki dan ilmu. Malah jika diperincikan jelas surah ini yang turunnya sewaktu kesedihan Rasulullah SAW mengambarkan betapa hebatnya sifat sabar dan ikhlas yang ditonjolkan baginda.

Nabi Allah ini berada dalam keadaan yang sangat berduka tetapi baginda tetap bersyukur dengan nikmat ujian yang diberikan. Mengenang segala nikmat Allah apabila kita kehilangan nikmatnya yang lain. Ujian diberikan bukan tanda Tuhan ingin menghukum tetapi untuk menaikkan darjat seseorang. Apabila dia menerimanya dengan berlapang dada, nescaya akan digandakan lagi nikmat-nikmat yang akan datang.

Firman Allah SWT,

Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. Dan Musa berkata: “Jika kamu dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya mengingkari (nikmat Allah) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Surah Ibrahim: ayat 7-8)

4. Melatih sifat syukur dalam diri

Bersyukur adalah elemen penting yang ingin disampaikan dalam Surah Al-Kautsar.

Firman Allah SWT, Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (Surah Al-Kautsar: ayat 1-3)

Ia surah khusus menceritakan bagaimana Allah SWT mendidik Nabi saat menghadapi musibah.

Diturunkan pada Nabi ketika kaum muslimin sangat sedikit di Mekah. Kemudian, anak lelaki yang baru berusia setahun meninggal dunia. Datang pula Abu Jahal, Abu Lahab, dan rakan-rakannya menghina Rasulullah SAW dengan menjadikan kematian anak Nabi ini sebagai modal untuk dipersendakan dan melemahkan semangat baginda.

Kesedihannya bertambah-tambah apabila pak ciknya datang ke rumah dan berkata “batara Muhammad” yang bermaksud “telah putus nama Muhammad” atau dalam kata lain tiada waris. Bagi kaum Arab ketika itu, anak lelaki adalah yang membawa nama dan keturunan ayah. Namun apa yang disampaikan Allah SWT dalam surah ini sangat mengembirakan hati baginda. Hanya dengan satu sifat tetaplah bersyukur.

5. Melembutkan hati

Dalam al-Quran, Allah menyifatkan orang yang berilmu dan beriman itu sebagai orang yang mudah tersentuh apabila dibacakan kepada mereka al-Quran. Dan Allah turut menggambarkan bahawa al-Quran itu mempunyai mukjizat menambah kekhusyukan jiwa manusia.

Firman Allah SWT: “Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan kekhusyukan mereka.” (Surah al-Isra: ayat 109)

Sayyid Qutb di dalam karyanya menukilkan kisah bagaimana al-Walid ibn Mughirah, seorang pembesar Qurasyh yang tersohor memberikan reaksinya mengenai Al-Quran. Pada suatu hari al-Walid pernah diminta oleh Abu Jahal untuk memberikan pandangan beliau tentang isi kandung Al-Quran. Setelah mendengar Al-Quran, Al-Walid berkata:

“Demi Allah, sesungguhnya (aku) al-Walid telah terpukau (mendengar al-Quran ini), dan pasti Quraysh akan terpukau mendengarnya.”

6. Memberi keharmoniaan dalam rumah tangga

Keharmoniaan dalam rumah tangga adalah yang berpaksikan agama. Jika agama dijaga dan dididik kepada semua ahli keluarga maka akan lahirlah umat manusia dan keturunan yang juga mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan meninggalkan larangan Nya. Maka ajarlah anak-anak dan isteri kita dengan Al-Quran agar institusi rumah tangga yang dibina menjadi sakinah, mawaddah, dan memberikan keharmoniaan yang berpanjangan.

7. Sebagai ikhtiar penyembuh penyakit

Kehebatan Al-Quran sebagai kitabullah adalah penawar dan rahmat kepada manusia khususnya kepada yang membaca dan mengamalkan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (Surah Al-Isra’: ayat 82)

Maksudnya di sini, surah-surah dalam Al-Quran mempunyai penawar kepada penyakit. Terdapat banyak habis Nabi yang menyebut akan kelebihan ayat-ayat atau surah tertentu yang kalau dibaca, diamalkan, atau ditiupkan sebagai “jampi” kepada mereka yang menghidap penyakit tertentu akan sembuh dengan izin Allah SWT.

Surah Al-Kautsar sering dikaitkan memberi kelebihan dalam penyakit sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, dan dahaga.

8. Hati lebih tenteram

Firman Allah SWT yang bermaksud, “(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)

Sesiapa sahaja yang diberikan hidayah dan beriman akan mudah untuk berinteraksi dengan kalamullah. Hatinya akan mudah tersentuh dengan apa yang dibaca, difahami, dan diamalka. Berkata Sheikh Al-Tantawi:

“Sesungguhnya tangisan seseorang itu kerana takutkan Allah adalah petanda kepada kebenaran iman serta kesucian jiwa.” (Tafsir Al-Wasit)

9. Sebagai petunjuk kebenaran

Allah adalah kitab agung yang diturunkan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Ia manual paling lengkap yang mendidik manusia untuk mendapat jalan yang terbaik dan diredhai Allah SWT dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “(Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad) agar engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang-benderang dengan izin Tuhan.” (Surah Ibrahim, ayat 1)

Persoalan-persoalan seperti muamalat, kehidupan, akidah, dasar asasi, falsafah, sejarah, sains, metafizik, dan sebagainya akan terjawab jika kita membaca, mengkaji, mendalami, dan mengamalkannya. Inilah mesej Rasulullah SAW tentang Islam adalah cara hidup yang akan menjamin kebahagian di dunia dan akhiarat.

10. Mendapat syafaat Al-Quran

Syafaat merupakan pertolongan atau pembelaan yang sangat diperlukan ketika di Padang Mahsyar nanti. Hal ini kerana, ketika itu tiada sesiapa yang boleh membantu kita seperti mana di dunia. Semua orang sibuk dengan amalan dan nasib diri mereka masing-masing.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surat Al-A’raaf : ayat 204)

Penutup

Membaca, memahami, menghayati, dan mengamalkan ayat Al-Quran merupakan amalan yang sangat digalakkan dalam kehidupan. Kerana kalam ini merupakan rujukan utama umat Islam selepas hadis Rasulullah SAW. Sekiranya manusia tidak kembali kepadanya, maka akan tersesatlah dia dalam mencari jalan kebenaran di dunia. Diharapkan artikel kelebihan surah al-kauthar ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca

Artikel Berkaitan:

  1. Kelebihan Surah Yasin
  2. Kelebihan Surah Al-Kahfi

Rujukan

  1. Tadabbur Center (2018). Yang Tak Terfikir Mengenai Surah Al-Kauthar
  2. Hisni Munafarifana (2022). Inilah Manfaat Baca Surah Al-Kautsar Dalam Solat
  3. Pustaka, Gana Islamika (2020). Penyembuhan dengan Alquran (5): Bab 1 (5): Keistimewaan dan Khasiat Surah-Surah Alquran dalam Menyembuhkan Berbagai Penyakit
  4. Hanan Mardhiah (2018). 10 Keleban Membaca Al-Quran Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

10 Kelebihan Surah Al-Kauthar - Aku Muslim 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list