Artikel Terkini

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16
16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 1

Apple berkongsi maklumat mengenai iOS 16 awal pagi tadi dengan sistem operasi ini bakal hadir dengan pelbagai ciri baharu yang tidak ditawarkan sebelum. Tanpa berlengah-lengah lagi, berikut ialah 16 ciri paling menarik pada iOS 16 yang akan diberikan pada musim panas kelak.

1.Kustomasi Skrin Kunci Seakan Android

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16
16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 21

Pengguna iOS tidak perlu lagi cemburu dengan pengguna Android kerana ciri kustomasi skrin kunci akhirnya hadir pada iOS 16. Menerusi kustomasi ini pengguna boleh mengubah paparan skrin kunci dengan imej, widget, paparan notifkasi dan akses pantas kepada Focus. Pengguna iOS 16 kemudian boleh menyimpan tema peribadi dengan reka huruf tersendiri. Dengan ini isu bahawa kesemua iPhone nampak sama sahaja pada skrin kunci akan menjadi lipatan sejarah.

Latar belakang juga boleh berubah secara dinamik memaparkan cuaca semasa, kedudukan matahari, bulan, dan bintang. Gemarkan emoji? Corak latar belakang menggunakan emoji kegemaran juga boleh dilakukan secara automatik. Bagi pengguna Apple Watch, paparan Activity Ring turut boleh diletakkan pada skrin kunci sama seperti pada jam tangan. Gambar latar belakang yang dipilih oleh Apple degan ia berubah secara rawak juga disertakan seperti pada peranti Huawei, Oppo dan Xiaomi.

2.Safety Check – Membantu Mangsa Keganasan Rumahtangga

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 3
16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 22

Ciri Safety Check boleh membantu mangsa keganasan rumah tangga untuk menghadkan akses akaun mereka dari pasangan. Terdapat ciri menetapkan semula kesemua akses kepada akaun yang sebelum ini mungkin dikongsi bersama. Pemilik akaun juga boleh log keluar dari kesemua peranti yang pernah digunakan sebelum ini secara serentak bagi mengelakkan mesej peribadi dibaca. Ia turut menghadkan diri dari dijejak dan juga membenarkan mesej dibaca pada peranti dalam pegangan sahaja. Dengan kes keganasan oleh pasangan kini mendapat perhatian umum, ciri ini tiba tepat pada waktunya.

3.Family Sharing – Kawal Peranti Anak Dengan Lebih Mudah

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 4
16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 23

Ibu bapa serta penjaga moden perlu lebih bijak dari anak-anak yang secara lazimnya lebih celik dalam penggunaan teknologi. Terdapat banyak isu tentang akses kepada kandungan yang tidak sesuai dengan umur dan juga mengawal berapa lama mereka boleh menggunakan peranti setiap hari. Pada iOS 16, proses mengawal akan dipermudahkan menerusi Family Sharing yang dipertingkatkan. Sebagai contoh apabila mengaktifkan peranti Apple baharu untuk anak, sistem memberikan saranan untuk menggunakan tetapan kawalan kandungan yang sama pada peranti secara automatik. Anak pula boleh memohon untuk meningkat waktu penggunaan dengan menghantar teks dan ia kemudiannya dibenarkan (atau tidak) terus dari aplikasi pemesejan.

4.Photos – Perkongsian Mudah Dengan Keluarga Menerusi iCloud

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 5
16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 24

Dengan Shared Library, pengguna ekosistem Apple boleh berkongsi gambar yang diambil menggunakan iPhone terus dengan ahli keluarga. Gambar diselarikan dengan storan iCloud setiap ahli dalam kumpulan. Terus dari dalam aplikasi kamera, gambar boleh dihantar terus ke Shared Library untuk perkongsian secara automatik. Photos turut mengecam wajah dalam gambar secara automatik. Jika gambar mengandungi ahli Shared Library, gambar tersebut akan dimasukkan terus untuk dikongsi walaupun pengguna terlupa memilih untuk melakukannya dalam aplikasi kamera.

5.Photos – Sorok Gambar Dengan Face ID, Touch ID dan Kata Laluan

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 6
16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 25

Gambar yang ingin disorokkan dari pengguna lain kini boleh dikunci di sebalik imbasan Face ID, Touch ID dan kata laluan dalam aplikasi Photos. Gambar sensitif seperti kad pengenalan, pasport dan sijil kelahiran misalnya akan disimpan dengan selamat. Turut boleh disorokkan menggunakan sistem yang sama ialah gambar-gambar yang baru sahaja dipadam dari storan peranti.

6. Photos – Melakukan Suntingan Yang Sama Pada Gambar Lain

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 7
16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 26

Proses menyunting gambar dalam Photos turut dipertingkatkan dengan ciri melakukan suntingan yang sama pada gambar yang lain secara automatik. Katakanlah gambar A disunting supaya lebih kecil dan dikenakan penuras monokrom. Photos pada iOS 16 membenarkan aksi suntingan yang sama digunapakai pada gambar-gambar lain secara pukal dengan sekali tekan. Anda sebagai pengguna tidak perlu melakukan suntingan berkali-kali dengan mengingati setiap perimeter yang dikenakan.

7. iMessage – Suntingan Teks dan Menarik Semula Mesej

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 8
16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 27

Kerap typo seperti kami? Jangan risau kerana iMessage pada iOS 16 membenarkan suntingan teks yang dihantar asalkan ia dilakukan dalam tempoh 15 minit ia dihantar kepada penerima. Turut diberikan ialah ciri menaik semula mesej yang dihantar juga dalam tempoh 15 minit pertama. Bagi mereka yang kurang cekap mengeja, kesipuan terhantar mesej dengan ejaan salah dapat dielakkan.

8.Face ID Pada Posisi Landskap

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 9
16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 28

Selamat datang ke 2022 Face ID pada iPhone! Ciri yang sudah sekian lama disokong pada iPad Pro kini akhirnya diberikan kepada model-model iPhone tertentu dengan Face ID. Sejak 2017 lagi kami memohon supaya Apple membenarkan nyahkunci Face ID ketika peranti dalam kedudukan landskap. Lima tahun kemudian barulah impian menjadi kenyataan.

9.Live Text – Teks Dalam Video Boleh Dipilih

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 10
16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 29

Pengakuan – ini ciri yang cukup menggembirakan kami kerana kerap perlu mengambil tangkapan layar untuk memilih teks yang dipaparkan. Ciri Live Text yang tahun lalu menyokong mana-mana gambar yang ditekan selama beberapa saat kini menyokongnya pula pada video. Jeda video yang anda tonton dan tekan bahagian teks yang ingin dipilih. Visual Look Up juga membawakan sokongan yang sama. Oleh itu proses alih bahasa, menukar mata wang dan banyak lagi boleh dilakukan terus dengan hanya sekali tekan. Sistem yang lebih mesra pengguna berbanding yang digunakan Google Lens.

10. Apple Wallet – Perkongsian Kunci Digital Lebih Selamat

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 11
16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 30

Apple Wallet menyokong kunci digital untuk kereta, bilik hotel dan kampus sejak beberapa bulan yang lalu. Pada iOS 16 kelak, kunci digital yang dimiliki pengguna boleh dikongsi dengan selamat menerusi aplikasi pemesejan popular seperti Messages, Mail, dan WhatsApp. Apabila dihantar ke peranti iOS, kunci digital boleh disimpan terus pada Wallet penerima. Akses kepada kunci kemudiannya boleh ditarik semula bila-bila masa sahaja oleh pemilik. Bagi mereka yang tidak memiliki peranti Apple, ciri perkongsian kunci digital akan menggunakan format IETF bagi memastikan ia serasi pada sistem operasi yang lain.

11.Melihat Kata Laluan WiFi Pada Tetapan

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 12
16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 31

Satu lagi pengakuan dari kami ialah sistem iOS yang selama ini tidak menunjukkan kata laluan rangkaian WiFi yang pernah digunakan boleh mengundang kemarahan. Lebih-lebih lagi jika kita terlupa memandangkan sudah lama tidak menggunakannya. Pada iOS 16 kata laluan WiFi akhirnya boleh dilihat oleh pengguna. Sebuah lagu ciri standard pada Android kini dipinjam oleh iOS!

12.Health – Peringatan Memakan Ubat

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 13
16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 32

Aplikasi Health semakin berguna selepas kemas kini iOS 16. Terdapat ciri untuk memberikan peringatan kepada pengguna untuk mengambil ubat pada waktu yang tepat. Ciri imbasan label ubat juga diberikan supaya nama ubat boleh dimasukkan ke dalam senarai preskripsi pengguna secara automatik. Selain itu log jenis ubat dan bila ia dimakan juga boleh disimpan untuk perkongsian dengan doktor di masa hadapan.

13.Rapid Security Response – Tampalan Sekuriti Pantas Tanpa Disedari

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 14
16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 33

Rapid Security Response memasang tampalan sekuriti terkini yang diberikan oleh Apple di latar belakang tanpa pengguna menyedari ataupun campur tangan. Secara lalai ciri ini akan diaktifkan pada kesemua peranti yang dikemaskini ke iOS 16. Kelebihan Rapid Security Response ialah pemasangan tampalan sekuriti tidak lagi memerlukan kemas kini versi iOS seperti yang dilakukan selama ini. Ia turut tidak memerlukan peranti dimulakan semula untuk tampalan sekuriti terkini berfungsi.

14.Haptik Untuk Papan Kekunci

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 15
16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 34

Papan kekunci iOS 16 turut boleh menyokong tindak balas haptik yang selari dengan bunyi yang dihasilkan apabila ditekan. Bagi pengguna Android yang berhijrah ke iOS dan merindui ciri tindak balas haptik ini, nantikannya pada iOS 16 kelak. Secara lalai ia tidak akan diaktifkan jadi jangan lupa untuk mengaktifkannya terlebih dahulu.

15. CarPlay Untuk Semua Saiz Skrin Kenderaan

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 16
16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 35

CarPlay baharu tidak lagi terhad pada saiz skrin yang kecil dan nisbah tertentu sahaja. Menerusi kerjasama dengan beberapa syarikat automotif utama seperti Honda, Volvo, Jaguar dan Ford CarPlay kelak dapat digunakan pada kesemua skrin dalam kokpit kenderaan. Keseluruhan skrin berubah ke antaramuka dengan estetik Apple. Integrasi yang lebih baik turut membolehkan CarPlay mengawal sistem pendingin hawa, pemanas, dan banyak lagi secara setempat. Paparan pemanduan yang dilihat oleh pemandu juga boleh diubah dengan pilihan meter analog, digital dan paparan navigasi terus di tengah-tengah.

16. Audio Spatial Khusus Untuk Setiap Pengguna

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 17
16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 36

Akhir sekali kustomasi kepada sistem audio spatial turut boleh dilakukan pada iOS 16. Dengan menggunakan kamera TrueDepth di bahagian hadapan iPhone, sistem akan menganalisa kepada pengguna bagi menghasilkan pengalaman audio yang lebih serasi untuk setiap pengguna.

16 Ciri Paling Menarik Pada iOS 16 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list