Artikel Terkini

2 regu campuran negara tembung di final Terbuka Switzerland

2 regu campuran negara tembung di final Terbuka Switzerland
2 regu campuran negara tembung di final Terbuka Switzerland 5
2 regu campuran negara tembung di final Terbuka Switzerland
Pertemuan final membabitkan pasangan beregu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai akan berlangsung malam ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Dua beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bakal bertembung sesama sendiri di final selepas menyingkirkan lawan masing-masing di separuh akhir Terbuka Switzerland 2024, awal pagi tadi.

Pada perlawanan berlangsung di St Jakobshalle di Basel, Tang Jie-Ee Wei selaku beregu ranking kesembilan dunia mudah melangkah ke final apabila meraih kemenangan straight set 21-16 dan 21-12 ke atas beregu Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin.