Artikel Terkini

Mudahnya Tanam Timun Hanya Ikut Langkah Ini

Mudahnya Tanam Timun Hanya Ikut Langkah Ini
Mudahnya Tanam Timun Hanya Ikut Langkah Ini 1

Pokok timun atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Cucumber’ tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan sejenis tanaman sayuran berbuah yang sangat popular di negara kita. Nama saintifiknya ialah Cucumis sativus dan ia tergolong dalam famili tumbuhan Cucurbitaceae. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari utara India. Pokoknya adalah dari jenis menjalar dan berbatang lembut. Oleh itu ia memerlukan  sokongan untuk memanjat dengan melilit menggunakan sulur pautnya (tendrils). Pertumbuhan batangnya yang lembut itu boleh mencapai sehingga 5 meter panjang. Pokok ini mempunyai sistem akar  berserabut yang berkembang luas di sekitar kawasannya. Batang pokoknya berbulu dan bersegi empat dengan sulur paut yang ringkas. Daunnya pula berwarna hijau dan hijau kekelabuan serta berlekuk. Pokoknya mengeluarkan bunga jantan dan juga bunga betina yang berasingan berwarna kuning. Bunga betina tumbuh di hujung putik buahnya yang berbentuk silinder memanjang berwarna hijau muda. Apabila disenyawakan dengan debunga jantan putik buah inilah yang menjadi buahnya yang bertukar warna menjadi sedikit kuning atau perang apabila masak.

Kepelbagaian kegunaan:buahnya boleh dimakan ketika masih segar, muda dan mentah sebagai ulam atau salah satu ramuan mentah dalam masakan seperti nasi ayam, nasi lemak, rojak dan laksa. Namun buahnya juga sedap digandingkan bersama ikan dalam masakan kari atau gulai atau dibuat jeruk atau acar. Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa pucuk timun juga boleh dijadikan sayuran seperti dibuat masakan sayur lemak.

Buahnya juga mampu melicinkan kulit bagi mengekalkan awet muda. Oleh itu ia sering digunakan dalam pembuatan pelbagai barangan kosmetik atau dikisar mentah disapu pada muka sebagai maskara. Jus dari buahnya yang dikisar juga boleh dijadikan minuman yang berkhasiat yang dikatakan mempunyai antioksiden yang tinggi dan boleh mencegah kanser. Malah timun dikatakan sebagai ‘The World Most Healthy Foods – Vegetables’ atau makanan dari jenis sayuran yang paling berkhasiat di dunia ini

Penanaman:Pokok timun boleh ditanam menggunakan biji benih dari buahnya yang telah masak. Sebagai pilihan biji benihnya juga boleh dibeli dari pusat tanaman atau pasaraya.

Mudahnya Tanam Timun Hanya Ikut Langkah Ini 2 Mudahnya Tanam Timun Hanya Ikut Langkah Ini 4

Penanaman Di Tanah

Untuk penanaman di tanah sebaiknya ditanam atas batas yang digembur terlebih dahulu dan disuburi dengan kandungan kompos atau najis haiwan seperti ayam atau kelawar. Kaedah penanamannya mudah sahaja iaitu dengan menanam terus dua biji benih dalam satu lubang tanpa perlu disemai terlebih dahulu (foto 2). Manakala jarak penanaman di antara satu pokok dengan yang lain ialah 35 sentimeter dan jarak di antara batas atau barisan ialah 1.5 meter. Sebagai pokok pemanjat ia memerlukan sokongan seperti pancang atau junjung untuk pokoknya tumbuh subur dan berbuah.

Pokok timun juga sesuai ditanam dalam pasu dan juga bekas tanaman lain. Gunakan campuran medium tanaman untuk pokok berpasu dalam nisbah 3:2:1 (Tanah peroi: Bahan organik: Pasir sungai) untuk menanamnya.

Penjagaan:

1) Siram air dua kali sehari, waktu pagi dan petang pada hari panas. Ini perlu dilakukan supaya medium tanamannya sentiasa berkeadaan lembap sentiasa agar pokok dapat tumbuh subur dengan daun, bunga atau putik buahnya tidak  layu dan gugur secara tiba-tiba. Siram bila perlu sahaja pada hari hujan.

2) Dedahkannya kepada banyak cahaya matahari bagi menggalakkan ia berbunga dan berbuah lebat.

3) Baja organik seperti najis ayam, kambing atau kelawar adalah  terbaik untuk membajai pokok ini semasa membesar sehingga berbunga dan berbuah. Pastikan diikuti arahan pengggunaannya seperti tertera di pek baja yang digunakan.

Tip: Tutup bahagian atas medium tanaman di sekeliling pokok dengan bahan sungkupan seperti sabut kelapa, dedaun lalang dan sebagainya untuk mengelakkan medium tanamannya cepat kering bertujuan mengekalkan kesuburan pokok.

Mudahnya Tanam Timun Hanya Ikut Langkah Ini 6

Mudahnya Tanam Timun Hanya Ikut Langkah Ini 8

Penghargaan: Abu Bakar Mat Daud, Penulis Buku Variasi Tanaman Hiasan

 

Mudahnya Tanam Timun Hanya Ikut Langkah Ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo