Artikel Terkini

(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik

(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik
(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik 1

(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik 2

PROFIL TAMAN
Nama pemilik: Ahmad Rizal dan Dr. Norzaini Rose
Jenis kediaman : Banglo
Keluasan taman : 4640 kaki persegi
Konsep taman : Resort tropika

Mesti ramai antara kita yang mengimpikan kediaman dikelilingi keindahan alam bak resort-resort indah yang mendamaikan. Di tambah pula dengan kehadiran dekorasi landskap menghijau menyuntik ambien segar.

Kediaman yang dibina di sebuah kawasan Bandar Kinrara yang dikunjungi  ini milik pasangan Ahmad Rizal dan Dr. Norzaini Rose. Di kelilingi oleh kawasan landskap berkeluasan 4640 kaki persegi membuatkan pemilik menyimpan seribu impian untuk memiliki sebuah outdoor living space lengkap untuk kegunaan mereka seisi keluarga.

Menurut pemilik, sebelum laman impian berjaya di realisasikan, beberapa perunding landskap telah dilantik. Namun, tiada satu pun yang menepati jiwa dan citarasa pemilik. Namun itu tidak mematahkan semangat kerana bagi pemilik, kediaman yang dimiliki bagaikan tidak hidup dan kusam tanpa kehadiran laman menghijau.

Pencarian diteruskan sehingga lah mereka bertemu dengan salah sebuah syarikat perunding landskap yang berpusat di Petaling Jaya iaitu Terra Garden.

Seperti yang semua ketahui, Terra Garden terkenal dengan konsep Neo Nusantara, setiap rekaan yang dihasilkan jelas menunjukkan identiti pereka ini. Pembinaan bermula dengan senarai keperluan dan inventori tapak.

(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik 4

(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik 6

(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik 8

(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik 10

Apa yang menjadi keutamaan pemilik adalah kehadiran sebuah elemen air dan laman yang dibina mestilah tidak memerlukan penjagaan rumit disebabkan oleh kekangan masa dengan tugas-tugas harian di pejabat.

“Konsep tropika yang dipilih menepati  rekaan keseluruhan fasad kediaman. Tambahan pula, decorative panel yang diletakkan oleh pihak pemaju pada fasad di bahagian hadapan bermotifkan flora tropika. Oleh itu, pemilihan konsep keseluruhan amat menepati gaya yang ditampilkan”, jelas pemilik dengan mesra.

Tidak memperuntukkan masa yang lama, laman yang dibina hanya mengambil masa 3 bulan untuk disempurnakan. Sebagai pengenalan, sebuah binaan yang bersambung dengan anjung hadapan dibina menjadi patio sebagai ruang santai ringkas buat pemilik. Bagi menggalakkan aktiviti di ruangan ini, bangku taman dan sebuah buaian dari binaan kayu balau menjadi pelengkap.

Aktiviti banyak tertumpu di bahagian sisi kediaman yang terletak berhadapan dengan ruang interchange keseluruhan interior. Bahagian sisi kediaman ini terlindung dari terik matahari dan lebih privasi dari ruang hadapan. Tambahan pula, ia mudah diakses sama ada dari luar mahupun dalam kediaman.

Berdasarkan inventori ini, sebuah kolam dengan kedalaman 2 kaki dibina bertentangan dengan anjung di bahagian tepi kediaman ini. Penggunaan pond liner dengan kemasan pebbles wash pada permukaan lantai kolam, ia memberi peluang kepada pemilik untuk melakukan sebarang rombakan laman di masa hadapan.

Dalam usaha pereka untuk menyatukan binaan sedia ada dengan laman yang dibina, lantai dari decking kayu balau dijadikan penghubung. Di sisi kolam, sebuah struktur binaan sebagai ruang patio berbumbung mendominasi keseluruhan ruang menjadi outdoor living space buat pemilik.

 “Kawasan ini kerap menjadi ruang interaksi santai kami terutamanya apabila menerima kunjungan dari sanak saudara tidak kira siang mahupun malam. Suasana yang nyaman dan merehatkan menambahkan lagi keselesaan untuk kami bersantai di sini”, tambah pemilik lagi.

Memandangkan binaan patio ini terletak bersebelahan dengan dapur, pereka telah mewujudkan buffer semula jadi menghalang penglihatan yang tidak menyenangkan. Pemilihan Heliconia spp. amat bertepatan dengan saiz ruang antara binaan yang tersedia. Ini kerana ketinggian dan tekstur daunnya yang lebar, ia berjaya menutup pandangan secara langsung pada ruang dapur.

“Di samping itu juga, patio yang dibina dijadikan ruang gym untuk diri saya. Ini kerana saiz perkakasnya yang memakan ruang, saya mengambil keputusan untuk meletakkan ia di luar rumah. Secara tidak langsung sambil bersenam, saya juga boleh menghirup udara segar”, ujar pemilik.

Melihat keseluruhan rekaan yang dihasilkan, jelas pereka mengambil kira semua keperluan pemilik sebelum mereka bentuk ruang laman sebaiknya. Pereka berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap fungsi ruang dibentuk sempurna agar memenuhi keperluan isi rumah. Pemilik turut menyatakan begitu berpuas hati dengan perkhidmatan pereka, malah sentiasa bekerjasama dengan pereka untuk melakukan penambah baikkan laman miliknya dari masa ke semasa.

(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik 12

(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik 14

(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik 16

(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik 18

(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik 20

(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik 22

(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik 24

(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik 26

(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik 28

 

 

(GAMBAR) Bina Kolam Dengan Kedalaman 2 Kaki Menggunakan Pond Liner Hasilnya Lebih Menarik 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo