Infotainment

Kesal Beli Rumah Tanpa Ilmu, Wanita Ini Terpaksa Bayar Hak Milik Strata Berjumlah RM15,000

Kesal Beli Rumah Tanpa Ilmu, Wanita Ini Terpaksa Bayar Hak Milik Strata Berjumlah RM15,000
Kesal Beli Rumah Tanpa Ilmu, Wanita Ini Terpaksa Bayar Hak Milik Strata Berjumlah RM15,000 1

Ramai yang beli rumah untuk dijadikan aset agar masa depan terjamin. Akan tetapi, membeli rumah tanpa ilmu mungkin boleh membuatkan anda rugi berbanding kaut keuntungan.

Itulah apa yang terjadi kepada pengguna Twitter @LinKitMy dimana beliau berkongsi penyesalannya membeli rumah tanpa ilmu. Menurutnya, beliau ingatkan membeli rumah ini hanya perlu setakat mampu bayar bulanan, cukai pintu dan cukai tanah tetapi sebenarnya lebih daripada itu.

Menerusi perkongsiannya, beliau yang membeli sebuah kondominium terkejut kerana perlu membayar hak milik strata berjumlah sehingga RM15,000 disebabkan hartanah berstatus strata.

Bagi anda yang tidak tahu, ‘strata’ adalah hak milik berasingan bagi setiap unit atau petak dalam bangunan dua tingkat atau lebih yang dibina atas sebidang tanah yang sama dan berkongsi akses kemudahan bersama.

Tambahnya, jika tidak membayar status strata bermaksud rumah masih lagi menjadi milik pemaju walaupun di bank nama anda. Akan wujud isu apabila pemaju muflis atau anda mahu jual rumah anda kelak.

Malah, status strata ini tidak dikira sekali dalam pinjaman rumah kerana ia bukanlah seperti bayaran guaman.  Liyana mengatakan dia membeli rumah ini ketika sudah siap, hanya perlu pindah masuk sahaja.

Liyana turut nasihatkan jika anda mahu membeli rumah kelak, jangan bayar bulanan menggunakan EPF akaun 2 kerana duit simpanan akan habis buat bayar ‘interest’ bank sahaja.

Awalnya Liyana dan suami membeli rumah tersebut pada tahun 2017 untuk anaknya tetapi kini baru terasa perit kerana perlu bayar strata. Beli rumah adalah satu bebanan selagi masih belum habis bayar.

Sementara itu, anda boleh klik pautan di bawah untuk ketahui cara terbaik untuk beli rumah. 

Beli Rumah Tunai Atau Guna Pembiayaan Bank

Pemaju Tuntut Bayaran Lewat Bayar, 8 Perkara Pembeli Rumah Baru Harus Tahu

8 Mitos Dan Salah Faham Tentang Beli Rumah


Kesal Beli Rumah Tanpa Ilmu, Wanita Ini Terpaksa Bayar Hak Milik Strata Berjumlah RM15,000 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo