Infotainment

Niezam Zaidi Mohon Maaf, Tak Mahu Komen Isu Dadah

Niezam Zaidi Mohon Maaf, Tak Mahu Komen Isu Dadah
Niezam Zaidi Mohon Maaf, Tak Mahu Komen Isu Dadah 1

Mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak, hari ini atas tuduhan memiliki dadah, pelakon Niezam Zaidi menganggap ada hikmah tersendiri di atas apa yang berlaku.

Tampi memuat naik status permohonan maaf di Instagram seandainya ada salah silap, Niezam berkata buat masa ini dia menyimpan komen mengenai isu terpalit serta berterima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya.

BACA: Niezam Zaidi, Pengarah & Pembantu Mengaku Miliki Dadah

Niezam Zaidi Mohon Maaf, Tak Mahu Komen Isu Dadah 2

“Saya minta maaf jika ada salah dan silap pada kalian semua. Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas apa yang terjadi dan jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini.

“Saya minta maaf juga tidak dapat membalas satu-satu comment sahabat handai,media dan rakan2 seperjuangan melalui DM,whatsapp,call dan sebagainya. Semoga Allah merahmati kalian. Buat masa sekarang, saya simpan apa-apa komen mengenai isu ini,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, Niezam didapati memiliki 1.15 gram dadah berbahaya jenis Cannabis di rumah di Taman Chandan Putri, di sini, 7.15 pagi, 10 Oktober lalu.

Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 ke atas Niezam yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Niezam Zaidi Mohon Maaf, Tak Mahu Komen Isu Dadah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo