Artikel Terkini

5 Tip Cara Memilih Langsir Mengikut Kesesuaian Dinding

5 Tip Cara Memilih Langsir Mengikut Kesesuaian Dinding
5 Tip Cara Memilih Langsir Mengikut Kesesuaian Dinding 1
Kita adakala terlepas pandang dek rambangnya mata memilih itu dan ini bagi sebuah ruang kediaman. Maklum sahaja semua yang disajikan di premis hiasan kediaman, cantik-cantik belaka dan adakala kita terbuai dek rekaan atau corak kemasan lembut yang menawan sehingga terlupa situasi sebenarnya di kediaman kita. Namun itu bukan satu masalah jika kita sendiri tahu apakah yang patut kita perolehi untuk dinding dan jendela. IMPIANA memilih enam tip ringkas untuk menghias jendela yang sesuai dengan dinding anda.
1. Dinding rendahKediaman anda berdinding rendah atau berjendela tinggi? Jika anda mendiami kediaman bersiling rendah, jangan gusar untuk menutup keseluruhan dinding kecil anda dengan langsir agar ruang nampak lebih luas dan tinggi. Ilusi ini juga membantu anda menyerlahkan tata hias yang lebih kemas dan elegan sebagaimana acap kali anda lihat di hotel lima bintang.Jika siling kediaman anda rendah, cari corak jejalur dan susun lah secara vertikal (menegak) mahu pun horizontal (melintang). Garisan ini selalunya memberi ilusi pada mata dan menjadikan ruang tampil luas dari yang sebenar.

2. Dinding tinggi

Adakala kita terlupa jendela kediaman kita bukan sebagaimana kediaman lain yang jauh lebih rendah. Selalunya jendela yang tinggi menyebabkan kain langsir menjadi senteng. Jangan malu segan untuk menambah fabrik di bawah mahu pun ¾ dari kaki fabrik langsir . Tambahkan 6 inci hingga 9 inci lebar kain tambahan dan jahit lah dengan kemas sambungannya agar membentuk garisan mewah di atas teks kain tersebut.

Manakala bagi dinding, jika anda bermain dengan kertas dinding, tidak salah jika memilih corak flora fauna yang samar atau ilusi pokok menjalar tinggi bagi kanak-kanak agar dinding yang agak tinggi ini nampak lebih menarik dan disempurnakan dengan hiasan yang ideal. Gantungan ala vertikal juga digalakkan.

3. Dinding adalah jendela

Bagaikan akuarium, kediaman urban kini dilitupi dengan cermin jarang baru pada hampir keseluruhan dinding. Ini adalah kerana kebanyakan kediaman kini mempunyai gaya urban dan banyak menggunakan cermin jarang. Anda boleh menutup dengan bidai roman yang juga kemas dan didatangkan dalam pelbagai corak dan boleh juga dipadankan dengan kemasan lembut. Kelebihan bidai Perancis ini adalah corak dan warnanya boleh ditukar-tukar oleh tuannya. Anda juga boleh menggunakan bidai horizontal bagi menyukat cahaya yang tidak diperlukan dengan lebih berkesan.

4. Padanan ideal

Pastikan anda melihat dinding kediaman sebelum bertindak memilih langsir yang serasi. Apakah jenis kemasannya dan apakah pula warnanya yang dipilih. Anda perlu peka dengan kesesuaian ruang juga. Misalnya ruang dipalitkan dengan rona tanah dengan konsep harmoni.

Pastikan anda tidak memilih rona yang bertentangan dengan skema warna yang mendominasi ruang agar pandangan fokus mata anda tidak bertelagah di dalam satu ruang. Sebaliknya pilihlah rangkaian warna tanah yang ideal buat ruang tersebut agar teradun sempurna.

Begitu juga jika ruang sudah sarat dengan hiasan dan corak dari kertas dinding. Tergamakkah kita mengenakan langsing bercorak sarat berwarna terang? Pilihan rona pastel yang lebih tenang dan melegakan pandangan di ruang tersebut. Awas, pastikan jendela anda mampu memberi limpahan cahaya matahari dengan sempurna. Jika ruang tamu anda terkepung dengan bangunan atau tidak menghala ke arah matahari, pilihlah langsir renda yang bukan sahaja menarik malah tidak menghalang cahaya semula jadi secara total .

5. Kesilapan lazim

Ramai di kalangan kita yang silap memilih rekaan langsir tanpa mengambil kira keserasian rekaan langsir dan konsep kediaman. Kita merasakan rekaan langsir tidak sama dengan konsep kediaman atau saiz kediaman kita. Namun antara yang lazim dilakukan adalah melangsiri pintu.

Misalnya –

i. Memilih langsir swag di kediaman bersiling rendah dan sempit

ii. Memilih langsir berwarna kontra dengan dinding

iii. Memilih aras langsir yang agak senteng

iv. Memilih langsir ropol ala kedesaan dan dipadankan dengan gaya moden.

v. Memilih kain bercorak sarat untuk langsir rekaan klasik berswag.

5 Tip Cara Memilih Langsir Mengikut Kesesuaian Dinding 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo