Infotainment

Kisah Agensi Risikan Khas Korea Utara Yang Ditugaskan Untuk Membunuh Pembelot

Kisah Agensi Risikan Khas Korea Utara Yang Ditugaskan Untuk Membunuh Pembelot
Kisah Agensi Risikan Khas Korea Utara Yang Ditugaskan Untuk Membunuh Pembelot 1

Korea Utara adalah negara yang penuh dengan rahsia. Dasar tertutup yang dijalankan sejak dari pemimpin terdahulu masih berfungsi sehingga sekarang. Tiada siapa yang tahu secara terperinci bagaimana Korea Utara bergerak sebagai sebuah negara. Kebanyakan kisah-kisah yang dihidangkan adalah melalui risikan dari negara luar atau pun cerita dari mereka yang berpaling tadah dengan Korea Utara.

Seperti kisah seorang bekas perisik Korea Utara yang berpaling tadah ini. Dia membongkarkan sebuah kisah organisasi perisikan yang ditugaskan untuk ‘menghancurkan’ seorang pegawai yang membelot dengan Korea Utara dan menyertai Korea Selatan.

Bekas perisik yang dikenali sebagai Kim Kuk-song ini telah bekerja sebagai perisik Korea Utara selama 30 tahun sebelum dia memutuskan untuk berpindah ke Korea Selatan pada tahun 2014. Dia memberitahu BBC mengenai karier awal pemimpin semasa, Kim Jong-un yang digambarkannya sebagai diktator muda yang ‘gian’ untuk membuktikan dirinya sebagai “pejuang” Korea Utara.

Kisah Agensi Risikan Khas Korea Utara Yang Ditugaskan Untuk Membunuh Pembelot 2

Japan Times

Sewaktu Kim Jong-il, ayah kepada Kim Jong-un menderita sakit kronik iaitu strok. Korea Utara telah menubuhkan agensi risikan yang dinamakan General Bureau of Reconnaissance (RGB) pada tahun 2009. Penubuhan itu berlaku sewaktu Kim sedang bersiap sedia untuk menjadi pengganti ayahnya.

Kim Kuk-song berkata bahawa pada bulan Mei 2009, sebuah perintah turun dari ‘atas’ untuk membentuk ‘pasukan petugas keganasan’ bagi membunuh seorang mantan pegawai Korea Utara, Hwang Jang-yop yang berpaling tadah ke Korea Selatan. Misi ini dijalankan bagi memuaskan ‘nafsu’ pemimpin atasan iaitu ayah Kim Jong-un disebabkan pegawai tersebut telah memburukkan Korea Utara.

“Bagi Kim Jong-un, itu adalah tindakan untuk memuaskan pemimpin tertinggi (ayahnya),” kata Kim Kuk-song sebelum menyambung, “Satu ‘Terror Squad’ dibentuk untuk membunuh Hwang Jang-yop secara diam-diam. Saya sendiri mengarahkan dan melaksanakan misi itu,” katanya seperti dikutip media yang berpusat di UK.

Kisah Agensi Risikan Khas Korea Utara Yang Ditugaskan Untuk Membunuh Pembelot 4

National Geography

Untuk pengetahuan anda, Hwang Jang-yop adalah antara pegawai yang paling dipercayai di Korea Utara. Dia adalah antara watak utama yang membina dasar yang sehingga kini diguna pakai di Korea Utara. Tindakan beliau berpaling tadah dan menyertai Korea Selatan pada tahun 1997 telah meninggalkan luka yang dalam buat pemimpin tertinggi Korea Utara. Dosa yang dilakukan Hwang itu tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan oleh keluarga Kim Jong-un.

Bagaimanapun, pasukan risikan khas yang dihantar untuk membunuh Hwang gagal menyelesaikan misi tersebut. Malah dua pegawai Korea Utara yang dihantar untuk menjalankan misi tersebut ditangkap dan di hukum penjara di Seoul. Manakala Pyongyang sehingga kini masih menafikan penglibatan mereka dalam misi tersebut dan menuduh Korea Selatan mereka-reka cerita.

Namun bagi Kim Kuk-song, di Korea Utara keganasan dan pembunuhan adalah alat politik yang ‘biasa’ digunakan bagi melindungi kepentingan individu tertentu. Selain itu, tambah Kim Kuk-song lagi, jika misi itu berjaya ia akan dianggap sebagai hadiah paling istimewa dari Kim Jong-un buat ayahnya.

Kisah Agensi Risikan Khas Korea Utara Yang Ditugaskan Untuk Membunuh Pembelot 6

CNA

Sejak penubuhan RGB, telah berlaku bermacam-macam tindakan ganas dari Korea Utara. Setahun selepas penubuhan agensi risikan tersebut, pada 2010, kapal tentera laut Korea Selatan, Cheonan telah dibedil dengan peluru berpandu sehingga mengorbankan 40 nyawa. Pyongyang dalam kenyataan mereka menafikan dengan keras tuduhan Korea Selatan.

Manakala pada tahun ini, puluhan peluru berpandu telah dihantar untuk menyerang pulau Yeonpyeong milik Korea Selatan sehingga mengorbankan dua tentera dan dua orang awam.

Sehingga kini banyak debat yang berkangsung di antara pemerhati politik. Mereka kebanyakannya tertanya-tanya siapakah yang bertindak memberi arahan untuk menyerang Korea Selatan. Kim Jon-un sendiri menafikan dakwaan bahawa dia terlibat secara langsung dalam operasi-operasi yang membunuh banyak nyawa.

Kisah Agensi Risikan Khas Korea Utara Yang Ditugaskan Untuk Membunuh Pembelot 8

France 24

Namun bagi Kim Kuk-song, suatu kejadian itu tidak akan berlaku tanpa pesanan dari pihak atasan, “Di Korea Utara, walaupun jalan dibina, ia tidak akan dilakukan tanpa persetujuan langsung dari Pemimpin Tertinggi. Serangan ke atas Cheonan dan Pulau Yeonpyeong bukanlah perkara yang mampu dilakukan oleh [pegawai] bawahan,” katanya sebelum menambah, ”Kerja ketenteraan seperti ini dirancang dan dilaksanakan dengan perintah Kim Jong-un. Ini adalah [satu] pencapaian.”

Kim Kuk-song menjalani kehidupan istimewa di negara yang sering dilanda dengan isu kebuluran. Selama dia di Korea Utara, dia diberikan kekayaan yang tidak pernah dibayangkan olehnya. Hubungan politik yang kuat melalui perkahwinan membolehkannya bergerak antara agensi risikan yang berbeza, katanya. Tetapi hubungan yang sama juga membahayakan dia dan keluarganya.

Namun semua keistimewaan itu ditinggalkan olehnya selepas Kim Jong-un mula berkuasa dan membunuh pak ciknya sendiri – yang dianggap Kim Jong-un sebagai ancaman. Dia kemudiannya memilih untuk meninggalkan tempat kelahirannya dan berpindah ke Korea Selatan bersama-sama dengan keluarganya.

Kisah Agensi Risikan Khas Korea Utara Yang Ditugaskan Untuk Membunuh Pembelot 10

Reuters

“Untuk meninggalkan negara saya, di mana kubur dan keluarga nenek moyang saya [berada], dan untuk melarikan diri ke Korea Selatan, yang pada masa itu bagi saya adalah tanah asing, adalah keputusan buruk yang menyedihkan akibat tekanan emosi,” katanya.

Untuk rekod, Kim Kuk-song adalah antara 30,000 pelarian Korea Utara yang membelot bagi mencari kehidupan yang lebih baik di Korea Selatan. Namun daripada jumlah yang besar hanya sebilangan kecil sahaja yang berani tampil ke hadapan dan menceritakan sisi gelap yang ada di Korea Utara. Disebabkan dasar yang tertutup di Korea Utara, semakin tinggi profil anda, semakin tinggi risiko anda dan keluarga dibunuh.

Ini adalah derita dan hukuman yang dihadapi rakyat Korea Utara. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Inilah Penderitaan Dan Hukuman Tidak Masuk Akal Yang Dihadapi Rakyat Korea Utara

Korea Utara Jatuhkan Hukuman Mati Jika Rakyatnya Dijangkiti Wabak Coronavirus?

Angkatan Tentera Malaysia ‘Sedia Tempur’ Ugutan Konsulat Kedutaan Korea Utara


Kisah Agensi Risikan Khas Korea Utara Yang Ditugaskan Untuk Membunuh Pembelot 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo