Infotainment

“Caprice Ni Poyo, Syok Sendiri, Minta RM600,000 Untuk Buat Lagu”

“Caprice Ni Poyo, Syok Sendiri, Minta RM600,000 Untuk Buat Lagu”
"Caprice Ni Poyo, Syok Sendiri, Minta RM600,000 Untuk Buat Lagu" 1

Baru-baru ini, perkongsian bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkifli menjadi perhatian apabila mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar segera.

Menerusi perkongsian tersebut, Iqbal turut menawarkan bajet dengan kos rendah iaitu sebanyak RM500,000 untuk mencipta lagu termasuk muzik video. Ujarnya, tujuan lagu tersebut adalah untuk meluahkan perasaan sedihnya dan mahu lagu tersebut menjadi kenangan.

BACA: “Saya Yakin Netizen Pun Tak Sabar Nak Dengar Suara Saya”

Terbaru, hasrat Iqbal untuk bergelar penyanyi hampir terbantu apabila penyanyi rap Caprice meletakkan harga tinggi untuk sebuah lagu ciptaannya.

Bagaimanapun, Iqbal menyifatkan Caprice seorang yang berlagak serta permintaan penyanyi itu agak mengarut apabila memintanya untuk menari di depan orang ramai.

“Caprice ni poyo, syok sendiri. Saya minta lagu lain tapi dia nak ikut pendapat dia je. Ada ke patut dia suruh saya nyanyi lagu hip hop lepas tu menari depan orang ramai.

“Saya nak lagu yang strong dan ada standard, bukan lagu yang ala-ala lagu TikTok. Caprice nak harga RM600,000, mengarutkan?” katanya.

"Caprice Ni Poyo, Syok Sendiri, Minta RM600,000 Untuk Buat Lagu" 2

"Caprice Ni Poyo, Syok Sendiri, Minta RM600,000 Untuk Buat Lagu" 3

Sebelum ini, menerusi Insta Story, Iqbal berkata dia sudah menghubungi kumpulan Floor88 untuk menghasilkan lagu untuknya dan kini sedang mengikuti kelas vokal.

“Saya dah lock buat lima buah lagu dengan Eric (Floor88). Dia telak harga market dan standard semasa, tak macam orang lain ambil kesempatan dengan saya.

“Tapi kalau ikut hati nak lagu daripada komposer yang ada nama macam M.Nasir, baru ada standard.

“Sebenarnya suara saya okay je. Tak perlu menyanyi pakai autotune. Dulu saya belajar taranum jadi tahu sikit macam mana lontar vokal,” katanya.


"Caprice Ni Poyo, Syok Sendiri, Minta RM600,000 Untuk Buat Lagu" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo