Artikel Terkini

Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium

Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium
Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium 1

Siapa yang menyangka luar pangsapuri dalam dengan dekorasi seperti sebuah kondominium mewah. Tiada apa yang menghalang kita dari untuk mendekorasi kediaman milik peribadi.

Di mana ada kemahu di situ ada sinar… ewahhh! Tapi ternyata pemilik ini memang minat menghias kediamannya. Lihat sahaja rumah beliau setiap sudut tidak di biarkan kosong tanpa sentuhan.

Pemilihan warna hijau emerald ini memang sesuai dengan sentuhan dan juga konsep yang ingin diketengahkan oleh pemilik.

Perkongsian beliau di dalam Facebook membuatkan IMPIANA tertarik dengan seni hiasan yang pemilik ini. Luar pangsapuri dalam sentuhan kondominium.

Sudah pasti keluasan yang terhad untuk kediaman ini, langsung tidak menjejaskannya menghias kediaman jenis pangsapuri ini menjadikan sebuah rumah idaman ala kondominium mewah.

IKLAN

Kombinasi dengan perabot moden membuatkan suasana dalam rumah ini lebih cozy. Mood ceria dalam setiap perincian membuatkan tidak jemu mata memandang dekorasi yang dikenakan.

Ruang makan yang dilengkapi dengan set meja makan untuk empat ini sudah melengkapi ruang yang tidak terlalu besar ini dengan pemilihan lampu gantung loket memberikan suasana elegan.

IKLAN

Melihat ruang dapur yang mengenakan warna yang agak gelap jauh sekali terasa sempit atau tidak selesa. Malahan ia memberi satu rasa seakan berada di ruang dapur kondo mewah. Manakan tidak lihat sahaja pemilihan jubin pada kemasan dinding dapurnya. Ha! Gigit jarikan, cantik bukan. Sepadan dengan pemilihan sinki warna gelap padanan kemasan kabinet berwarna coklat menaikkan lagi aura moden kontemporari dalam ruang dapur ini.

Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium 2 Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium 4 Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium 6 Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium 8 Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium 10 Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium 12 Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium 14 Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium 16 Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium 18 Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium 20

IKLAN

Ruang membasuh yang terletak bersebelahan ruang dapur ini tidak dibiarkan. Turut dijadikan ruang yang cukup menarik dengan gantung bidai menjadi penghalang dari terus nampak kelaluan luar membuatkan ruang ini lebih privacy dan menarik. Sudah pastinya susun atur yang bijak membuatkan ruang ini lebih selesa.

Wow… bilik air pun diberi nafas segar. Pemilihan cermin bulat konsep moden dengan kabinet yang comel sesuai dengan saiz bilik air ini. Membuatkan ruang kamar ini tetap selesa dan cantik.

Baca artikel lain untuk inspirasi anda: https://www.impiana.my/bosan-tengok-ruang-dalam-rumah-jom-tukar-feature-wall/

Kredit: Leeya Marlia Ramli

Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo