Artikel Terkini

Busut Anai-Anai Mampu Suburkan Tanah Untuk Petani

Busut Anai-Anai Mampu Suburkan Tanah Untuk Petani
Busut Anai-Anai Mampu Suburkan Tanah Untuk Petani 1

Tanah dari bust anai-anai mengandungi humus yang tinggi ini membuatkan busut anai-anai mampu suburkan tanah untuk petani. Siapa yang sangka busut dapat suburkan tanah untuk pertanian.

Tapi tak sangka pula, pekebun-pekebun di Thailand ada yang menggunakan tanah atau busut anai-anai untuk tujuan pertanian.

Umum tahu anai-anai adalah sejenis serangga yang memang tidak di gemari dan di geruni kerana ia bukan sekadar memakan struktur binaan kayu malah mampu mengancam tanaman.

Apa yang ada dalam tanah busut anai-anai ni? tanah dari busut anai-anai mengandungi humus yang tinggi. Sebab itu, banyak cendawan suka tumbuh di kawasan busut. Jadi secara tidak langsung ia mampu meningkatkan keperluan bakteria baik dan menyuburkan tanah. Tapi anda hanya boelh guna busut anai-anai yang telah ditinggalkan. Kalau yang masih berpenghuni digunakan, khuatir ada telur dan lava yang masih hidup. Silap-silap, hal lain yang akan berlaku pula.

Adakah tanah busut anai-anai perlu dicampurkan di dalam media tanaman? Tak, ia perlu dijadikan sebagai booster tanaman dan ini bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan:

500gm tanah busut sanai-anai
5-6 kg nasi (kalau yang dah basi pun boleh)
200 liter air tanpa klorin

Cara-cara: 

1. Hancurkan tanah busut menjadi partikel yang lebih kecil untuk lebih mudah di perap

2. Campurkan ketiga-tiga bahan sehingga rata dan perap dalam bekas kedap udara di kawasan yang redup selama 7 hari

3. Selepas 7 hari, satu lapisan putih akan terbentuk, ini menunjukkan proses perapan telah berjaya.

4. Tapis kan semua bahan dan ambil airnya sahaja

5. Cara untuk digunakan adalah dengan mencampurkan 1 liter air perapan tanah busut bersama 10 liter air tanpa klorin dan sembur pada permukaan tanah.

Siapa pun tidak menyangkan yang tanah busut itu sebenarnya banyak kelebihannya. Jika kita rajin membuat kajian tentang tanaman pastinya akan menjumpai 1001 tip dan kegunaan bahan semulajadi dalam kehidupan seharian kita yang boleh dijadikan sebagai sumber baja atau bahan pengalak untuk tanaman kita.

KLIK untuk bersama IMPIANA

Busut Anai-Anai Mampu Suburkan Tanah Untuk Petani 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo