Artikel Terkini

Perabot Jati Tetap Padan Dengan Konsep Moden Kalau Ikut Cara Ni

Perabot Jati Tetap Padan Dengan Konsep Moden Kalau Ikut Cara Ni
Perabot Jati Tetap Padan Dengan Konsep Moden Kalau Ikut Cara Ni 1

Pasti ramai di kalangan kita yang masih berminat dengan perabot kayu seperti kayu jati yang mewah dan tahan lasak, Tapi bagaimana nak maintain perabot ni agar kekal cantik dan tidak kusam? Itu satu hal, bagaimana pula kita nak hias ruang dengan perabot jati ini agar tidak nampak terlalu klasik atau taste ala old school?

Perabot Jati Tetap Padan Dengan Konsep Moden Kalau Ikut Cara Ni 2

PERABOT LUAR RUMAH YANG SUNGGUH MENARIK DAN TAHAN CUACA. MALAH MUDAH DI PELBAGAI KONSEPNYA

Perabot Jati Tetap Padan Dengan Konsep Moden Kalau Ikut Cara Ni 4

JUGA MENARIK SEBAGAI PERABOT DI DALAM KEDIAMAN. RONA MEWAH DAN MUDAH DIADAPTASI DENGAN APA JUGA ALRIAN.

Elakkan perabot di tempat lembab atau terdedah pada panas matahari. Jika terlalu gelap dan lembab, pasti akan dimusnahkan oleh makhluk perosak yang udah membiak dalam keadaan begini. Manakala jika dijemur begitu aja minyak asli kayu akan kering dan kayu juga akan kelihatan kusam.

Perabot Jati Tetap Padan Dengan Konsep Moden Kalau Ikut Cara Ni 6

ADAKALA PERABOT KITA TERLINDUNG DARIPADA CAHAYA MATAHARI DAN AKAN MENJADI LEMBAP SERTA BERBAU.

Perabot Jati Tetap Padan Dengan Konsep Moden Kalau Ikut Cara Ni 8

BIAR PUN TAHAN LAMA NAMUN JANGAN SESEKALI KITA LEPAS TANGAN TERHADAP KEADAANNYA. PENJAGAAN YANG SEMPURNA MEMBERI JANGKA USIA YANG LEBIH PANJANG

Manakala jika anda mempunyai masalah ruang kediaman yang terlindung dari cahaya matahari pagi atau petang,  tidak  salah jika anda menggunakan langsir sheer atau renda yang membenarkan cahaya masuk. Jangan ditambah kegelapan ruang. Manakala bagi warna, anda boleh memilih warna terang atau citrus. Jingga, kuning lemon malah hijau daun pisang. Elakkan memilih rona perang kerana perabot kayu sangat hebat pengaruhnya pada ruang. Kelak kediaman anda gelap jadinya. Sebaliknya jika suasana agak terik pada petang atau pagi, anda digalakkan memilih rona neutral seperti krim, magnolia atau putih gading. Ia memberi keseimbangan antara perabot dan ruang. Pilihlah rona dingin seperti turquoise atau rona mewah seperti  keemasan pada kusyen kecil sofa anda.

Perabot Jati Tetap Padan Dengan Konsep Moden Kalau Ikut Cara Ni 10

PILIHAN JATI RONA GELAP AKAN LEBIH MEWAH DAN CANTIK JIKA DISEIMBANGKAN DENGAN RONA CERIA DAN MEWAH SEPERTI JINGGA. BIAR TERANG NAMUN IA SEBENARNYA HARMONI DENGAN RONA PERANG.

Perabot Jati Tetap Padan Dengan Konsep Moden Kalau Ikut Cara Ni 12

PILIHAN RONA DINGIN JUGA TIDAK BOLEH DINAFIKAN KEINDAHANNYA. BIAR NAMPAK RUSTIK TETAPI ITULAH NILAI ESTETIKA YANG DIGILAI PEREKA.

Jangan biarkan debu dan habuk melekat pada perabot. Vacum atau lap habuk yang selalunya bersarang di celah-celah cantuman perabot yang mana boleh menjadikan perabot kusam serta lapuk. Gunakan bahan pencuci lembut dan lap sahaja.Segera biarkan ia kering.

Perabot Jati Tetap Padan Dengan Konsep Moden Kalau Ikut Cara Ni 14

Jika anda mahu elemen tradisi seperti perabot jati ini ada, tetapi tidak mahu keterlaluan sebenarnya ia juga boleh disandingkan dengan konsep seperti moden, minimalist malah kontemporari.

Perabot Jati Tetap Padan Dengan Konsep Moden Kalau Ikut Cara Ni 16

Perabot Jati Tetap Padan Dengan Konsep Moden Kalau Ikut Cara Ni 18

GAYA KONTEMPORARI YANG SESUAI DENGAN CITA RASA PEMILIK KEDIAMAN MUDA MASA KINI. BIAR NAMPAK SIMPLE TETAPI KUALITI YANG DIBANGGAKAN.

Terdapat wax khas untuk kayu jati yang memulihkan kembali minyak kayu agar lebih bercahaya dan berseri. Jika menggunakan kain basah untuk mengelap kayu, pastikan ia tidak terlalu lencun terutama kepada perabot yang tidak mempunyai lapisan pelindung kayu seperti syelek.

Perabot Jati Tetap Padan Dengan Konsep Moden Kalau Ikut Cara Ni 20

Perabot Jati Tetap Padan Dengan Konsep Moden Kalau Ikut Cara Ni 22

Di samping elemen tradisi anda boleh olah kembali elemen moden minimalism sebagai penyeri tata hias yang menggunakan kayu jati tetapi tidak terlalu tradisi.

Perabot Jati Tetap Padan Dengan Konsep Moden Kalau Ikut Cara Ni 24Perabot Jati Tetap Padan Dengan Konsep Moden Kalau Ikut Cara Ni 26BIAR DIDATANGKAN DALAM PELBAGAI IDEA, WARNA DAN KEMASAN NAMUN JATI TETAP UNGGUL DAN MEMPUNYAI STATUS YANG DIHORMATI OLEH MEREKA YANG BIJAK MENILAI SEBUAH PERABOT.

Inilah yang dikatakan tak lapuk dek zaman. Anda boleh baca artikel ini REKAAN PERABOT NUSANTARA KEKAL MEGAH, MEMBELAH MASA; PILIHAN SEPANJANG ZAMAN HIASAN KEDIAMAN

Perabot Jati Tetap Padan Dengan Konsep Moden Kalau Ikut Cara Ni 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo