Infotainment

Sajat Akhirnya Mengaku Transgender

Sajat Akhirnya Mengaku Transgender
Sajat Akhirnya Mengaku Transgender 1

Segala spekulasi mengenai jantina Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman akhirnya terjawab apabila usahawan sensasi itu mengakui dirinya seorang transgender.

Sajat membuat pengakuan berani itu ketika muncul dalam program What’s Going On Malaysia yang ditemu ramah pelawak Harith Iskander serta disiar secara langsung di Facebook malam tadi.

BACA: Sajat Dakwa Dicabul Pegawai Penguatkuasa, JAIS Minta Bukti

Menerusi temubual itu, Sajat beberapa kali memberitahu dirinya adalah transgender dan memberitahu keputusannya untuk meninggalkan Malaysia mendakwa keselamatannya terancam.

“Pada satu tahap apabila mendapat tekanan dan layanan berunsur kekerasan, saya jadi takut dan trauma. Hinggakan saya murung teruk dan perlu mendapatkan rawatan, ambil ubat serta jalani terapi mental.

“Saya buat keputusan larikan diri dari Malaysia sebab tak mahu ia berterusan walaupun perlu tinggal anak, keluarga, kawan-kawan dan perniagaan,” katanya.

Sajat memaklumkan dia berada di Australia sejak 18 Oktober lalu dan nekad untuk memulakan kehidupan baru di sana sebagai ‘transwoman’.

“Saya rasa lebih dihargai di sini (Australia) sebagai orang baharu. Saya sudah diberi nombor cukai serta diberi juga ruang menghadiri kelas untuk mengukuhkan kebolehan berbahasa Inggeris.

“Saya didedahkan juga dengan selok-belok berniaga termasuk belajar urusan import dan eksport. Begitu juga dibantu dari aspek kediaman dan elaun hidup.

“Lebih utama, apa yang terjadi selama ini membuka mata saya mengenai soal hak asasi. Sebagai manusia kita kena tahu hal itu (hak asasi) dan sekarang, saya hendak ‘move on’ untuk bina hidup baharu di sini sebagai ‘transwoman’,” katanya.

Terdahulu, Sajat berkata dia mempunyai perancangan untuk membuka perniagaan di negara itu dan tidak akan kembali ke Malaysia semula.


Sajat Akhirnya Mengaku Transgender 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo