Infotainment

“Buat Masa Sekarang, Biarlah Saya Mengunci Mulut Dahulu” – Reen Rahim Dilamar?

“Buat Masa Sekarang, Biarlah Saya Mengunci Mulut Dahulu” – Reen Rahim Dilamar?
“Buat Masa Sekarang, Biarlah Saya Mengunci Mulut Dahulu” – Reen Rahim Dilamar? 1

Pelakon Reen Rahim memuat naik gambar sebentuk cincin dalam Instagram miliknya yang membuatkan ramai peminat berteka-teki dengan status pelakon cantik itu.

Reen Rahim

Reen atau nama sebenar Noreean Ashikin Abdul Rahim meminta agar peminatnya bersabar sehingga minggu depan berhubung spekulasi bahawa dia telah dilamar seseorang yang berjaya menambat hatinya.

Reen Rahim

Pelakon Pujaan Hati Kanda itu berkata ada peminat yang masih menghantar pesanan kepadanya untuk bertanya sama ada benar atau tidak dia telah dilamar seseorang.

Saya akan jawab semua persoalan November nanti (minggu depan). Buat masa sekarang saya harap semua peminat dapat bersabar.

Reen, 32, lebih mahu mengunci mulut dahulu daripada memberi sebarang komen lanjut. Tindakannya itu me­ngundang persoalan dalam ka­la­ngan peminat selepas mene­rima sebentuk cincin daripada seseorang yang tidak dikenali.

Juara pertandingan realiti Pilih Kasih musim ketiga itu sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta jarak jauh dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr. AR sekitar tiga tahun lalu.

Menerusi ruangan komen dalam hantaran tersebut, rata-rata peminat dan rakan artis turut menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar urusan Reen dipermudahkan. Namun, ada  juga netizen yang mendakwa tindakan Reen tersebut sebagai satu gimik untuk projek seni dan perniagaan yang diusahakannya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


“Buat Masa Sekarang, Biarlah Saya Mengunci Mulut Dahulu” – Reen Rahim Dilamar? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo