Infotainment

Masih Bekerja Dari Rumah? Amal 5 Tips Ini Untuk Kekal Fokus & Produktif

Masih Bekerja Dari Rumah? Amal 5 Tips Ini Untuk Kekal Fokus & Produktif
Masih Bekerja Dari Rumah? Amal 5 Tips Ini Untuk Kekal Fokus & Produktif 1

Kesihatan & Hidup Aktif

Masih Bekerja Dari Rumah? Amal 5 Tips Ini Untuk Kekal Fokus & Produktif 2

Kredit foto: MalaysiaGazette

Disebabkan penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia, sebahagian besar daripada mereka yang sebelum ini bekerja di pejabat perlu bekerja dari rumah (BDR). Hal ini kerana, salah satu langkah bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid 19 yang mudah merebak ialah mengelakkan berada di tempat yang tertutup seperti di tempat kerja.

Jadi, bagi mengelakkan fokus kerja seseorang itu menurun, terdapat beberapa tips agar anda kekal bersemangat bekerja dari rumah!

Artikel berkaitan: Tak Boleh Fokus Bila ‘Work From Home’? Baca Rahsia Kekal Bertenaga & Menangi Berocca Care Package Untuk Sahabat Anda! 

Artikel berkaitan: Arahan Kerja Dari Rumah Berkuatkuasa Sepanjang PKP, Majikan Perlu Patuh.

Masih Bekerja Dari Rumah? Amal 5 Tips Ini Untuk Kekal Fokus & Produktif 4

Kredit foto: Maskulin

Kebiasaannya jika hendak ke tempat kerja, anda akan bangun pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, akan tetapi jika bekerja dari rumah tiada kesesakan yang perlu dielakkan.

Walaubagaimanapun anda masih perlu bangun lebih awal daripada biasa supaya dapat bersarapan pagi dan juga mungkin melakukan beberapa senaman ringkas supaya lebih cergas dan cerdas sebelum melalui hari yang panjang.

Mungkin sesetengah daripada anda sebelum ini tidak sempat untuk bersarapan apatah lagi melakukan senaman ringkas kerana perlu bergegas ke tempat kerja, jadi apabila berkerja dari rumah inilah masa yang sesuai untuk melakukan semua perkara tersebut.

Masih Bekerja Dari Rumah? Amal 5 Tips Ini Untuk Kekal Fokus & Produktif 6

Kredit foto: Babap.net

Kenapa jangan tukar rutin harian? Bagi anda yang sudah terbiasa dengan rutin harian hendak ke tempat kerja, sebagai contoh sentiasa bangun pukul 7 pagi jadi teruskan bangun pada waktu tersebut walaupun hanya perlu bekerja dari rumah.

Hal ini kerana, jika menukarkan rutin harian tersebut kepada rutin harian yang lain seperti bangun sedikit lewat dan juga tidak bersiap sebagaimana hendak ke tempat kerja. Mood untuk bekerja juga kemungkinan besar tidak akan sampai sebaliknya hanya duduk dirumah dan bermalas-malasan.

Jadi teruskan dengan rutin harian hendak ke tempat kerja dan bahagikan masa sebaik mungkin seperti di tempat kerja.

Masih Bekerja Dari Rumah? Amal 5 Tips Ini Untuk Kekal Fokus & Produktif 8

Kredit foto: LADDERS

Rancang hari-hari bekerja walaupun hanya bekerja dari rumah dengan melakukan senarai harian, hal ini kerana apabila seseorang itu sudah merancang dan ikut perancangan yang dilakukan semua perkerjaannya akan berjalan dengan lebih lancar.

Bukan itu sahaja, dengan adanya juga perancangan berkerja dari rumah seseorang itu akan menjadi lebih fokus dan juga dapat membahagikan masa sebaik mungkin ketika berkerja dari rumah. Ini sangat penting untuk kekal fokus ketika berkerja dari rumah.

Senarai itu berfungsi sebagai peringatan harian tentang apa yang akan dilakukan seharian itu sekaligus dapat menjaga masa tidur dengan lebih baik dan juga tidak mengganggu masa makan yang sepatutnya.

Disiplin perlulah tinggi ketika berkerja dari rumah, kerana terdapat segelintir daripada mereka mudah terganggu dengan persekitaran lebih-lebih lagi ketika berada di rumah.

Masih Bekerja Dari Rumah? Amal 5 Tips Ini Untuk Kekal Fokus & Produktif 10

Kredit foto: Beachbodyondemand

Ketika berkerja dari rumah, masa yang ada agak fleksibel jadi gunakan masa tersebut sebaik mungkin untuk bekerja dan juga berehat.

Jangan terlampau fokus dan leka dengan perkerjaan sehingga tiada masa untuk makan mahupun berehat. Terlalu lama menghadap komputer riba ataupun komputer juga tidak elok untuk kesihatan lebih-lebih lagi mata.

Ambil masa lebih kurang sejam untuk menjauh daripada komputer riba dan rehatkan pandangan dengan cuba melihat objek jauh seketika setiap 20 minit, ini dapat mengurangkan kesan stres pada bebola mata.

Memandang tumbuh-tumbuhan seketika ataupun sesuatu yang berwarna hijau juga dapat menyegarkan mata, bukan itu saja malah dapat merelakskan mata.

Masih Bekerja Dari Rumah? Amal 5 Tips Ini Untuk Kekal Fokus & Produktif 12

Kredit foto: Merdeka.com

Ruangan khas untuk berkerja dari rumah juga perlu ada kerana ianya memainkan peranan yang sangat penting. Mestilah kita tidak mahu campurkan ruangan rehat dan juga berkerja di tempat yang sama kan?

Jadi dengan adanya satu lagi ruangan yang khas untuk bekerja dapatlah anda fokus dan bekerja dengan keadaan yang selesa seakan-akan bekerja di pejabat rumah.

Sumber: Beritaharian, Astroawani.


Masih Bekerja Dari Rumah? Amal 5 Tips Ini Untuk Kekal Fokus & Produktif 14

The following two tabs change content below.

“Live is short and it is here to be lived”


Masih Bekerja Dari Rumah? Amal 5 Tips Ini Untuk Kekal Fokus & Produktif 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo