Infotainment

Pendaki Gunung Sesat 24 Jam Abaikan Panggilan Pasukan Penyelamat Kerana Tertera ‘Nombor Tidak Dikenali’

Pendaki Gunung Sesat 24 Jam Abaikan Panggilan Pasukan Penyelamat Kerana Tertera ‘Nombor Tidak Dikenali’
Pendaki Gunung Sesat 24 Jam Abaikan Panggilan Pasukan Penyelamat Kerana Tertera 'Nombor Tidak Dikenali' 1
October 27th, 2021 | by Shira

Kini Trending

Pendaki Gunung Sesat 24 Jam Abaikan Panggilan Pasukan Penyelamat Kerana Tertera 'Nombor Tidak Dikenali' 2

Sekadar gambar hiasan (Kredit: Coconuts)

Seorang lelaki dipercayai sesat selama 24 jam ketika mendaki Gunung Elbert di Colorado, Amerika Syarikat. Menurut sumber, lelaki berkenaan tidak menjawab beberapa panggilan telefon daripada pasukan penyelamat hanya kerana dia tidak mengenali nombor telefon terbabit.

Pendaki Gunung Sesat 24 Jam Abaikan Panggilan Pasukan Penyelamat Kerana Tertera 'Nombor Tidak Dikenali' 4

Foto: The Guardian

Memetik laporan The Guardian, pendaki terbabit dilaporkan hilang pada 18 Oktober lalu sekitar jam 8 malam selepas gagal pulang ke destinasi permulaannya. Meskipun pasukan penyelamat sudah berkali-kali menghubungi dan menghantar pesanan mesej kepada mangsa namun tiada sebarang respon yang diterima.

Berikutan daripada itu, sebanyak lima pasukan penyelamat dikerahkan untuk mencari mangsa di kawasan berisiko tinggi di Gunung Elbert yang berketinggian 4,401 meter itu. Namun usaha mereka tidak berjaya walaupun panggilan kecemasan telah dibuat. Sekitar jam 3 pagi, pasukan penyelamat telah turun dari puncak gunung tersebut.

Pendaki Gunung Sesat 24 Jam Abaikan Panggilan Pasukan Penyelamat Kerana Tertera 'Nombor Tidak Dikenali' 6

Sekadar gambar hiasan

Pada pukul 7 pagi, pasukan penyelamat kedua pula diarahkan untuk meneruskan misi pencarian dan kali ini tertumpu di laluan trek di mana kawasan tersebut mempunyai sejarah kes pendaki yang ‘hilang’. Tetapi siapa sangka, pada jam 9:30 pagi, pasukan penyelamat terserempak dengan pendaki berkenaan yang sudah pun kembali ke lokasi penginapannya.

Menurut mangsa, dia sesat semasa dalam perjalanan pulang dan terpaksa melalui trek yang berbeza sehingga membuatkan dirinya tersesat. Jelas lelaki ini lagi, dia langsung tidak tahu bahawa pasukan penyelamat datang mencarinya selain mengakui telah mengabaikan panggilan telefon daripada pasukan penyealamat kerana tidak mengenali nombor yang menghubunginya itu.

Apa yang menjadi masalah besar adalah apabila dia mengabaikan panggilan dari kami banyak kali kerana katanya dia tidak tahu itu nombor siapa. Kalau kamu ‘terlewat’ dari itinerari asal perjalanan (sesat) dan kamu mula menerima panggilan telefon berulang kali dari nombor tak dikenali, tolonglah jawab panggilan itu.

Ia mungkin adalah panggilan daripada pasukan penyelamat untuk memastikan kamu selamat!

Sumber: The Guardian


Pendaki Gunung Sesat 24 Jam Abaikan Panggilan Pasukan Penyelamat Kerana Tertera 'Nombor Tidak Dikenali' 8

The following two tabs change content below.


Pendaki Gunung Sesat 24 Jam Abaikan Panggilan Pasukan Penyelamat Kerana Tertera 'Nombor Tidak Dikenali' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo