Infotainment

“Tak Wajar Boikot Artis Yang Dah Minta Maaf, Perlu Beri Peluang”

“Tak Wajar Boikot Artis Yang Dah Minta Maaf, Perlu Beri Peluang”
"Tak Wajar Boikot Artis Yang Dah Minta Maaf, Perlu Beri Peluang" 1

Sudah lebih 10 tahun berada dalam industri seni, pelakon Amar Baharin berkata dia sentiasa mengikut kata hati dalam membuat keputusan dan tidak menghiraukan pendapat netizen.

Amar berkata bergelar selebriti pasti tidak boleh lari dari kecaman dan netizen akan sentiasa cuba mencari salah. Namun jika kritikan tersebut berguna, kita ambil untuk baiki diri.

BACA: Dekatkan Diri Dengan Agama, Amyra Rosli Setia Sokong Amar Baharin

“Saya sepanjang hidup memang tak pernah berpegang pendapat netizen sebab saya ada prinsip hidup sendiri terutama apabila bekerja dengan orang yang kita berurusan dalam hal kerja itu.

“Kalau kita dengar netizen cakap memang benda ni takkan habis, biasalah separuh sokong dan begitu juga sebaliknya, jadi sekarang ni kita nak duduk di mana? Kita boleh jadi gila tahu kalau dengar cakap orang.

“Tetapi mana pendapat yang boleh guna, kita ambil untuk perbaiki diri kita yang mana tak elok jadikan angin lalu sahaja la, jujur dengan diri sendiri InsyaAllah peminat boleh terima,” katanya kepada mStar.

Turut mengulas mengenai isu hangat membabitkan video lawak lucah dalam sebuah program baru-baru ini, Amar berkata perlu beri peluang kepada artis yang sudah memohon maaf.

“Saya pun tidak tahu cerita penuh sebab saya tidak melihat video tersebut sampai habis, mungkin netizen tidak boleh terima dengan cara dia bercerita sebab terlalu terbuka sangat.

“Tapi dia pun dah minta maaf… tak wajar la nak boikot, (mereka) dah minta maaf tu pun satu tindakan yang sepatutnya,” ujarnya.


"Tak Wajar Boikot Artis Yang Dah Minta Maaf, Perlu Beri Peluang" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo