Infotainment

“Australia Negara Bebas, Nak Pakai Bikini Ke, Biarlah Aku Nak Pakai Apa”

“Australia Negara Bebas, Nak Pakai Bikini Ke, Biarlah Aku Nak Pakai Apa”
"Australia Negara Bebas, Nak Pakai Bikini Ke, Biarlah Aku Nak Pakai Apa" 1

Kini menetap di Australia, usahawan sensasi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dikhabarkan akan meneruskan perniagaan bengkung di negara itu.

Menerusi perkongsian terbaru, Sajat dilihat sudah memulakan promosi dengan memuat naik gambarnya dari belakang menggayakan bikini berwarna jingga.

BACA: Aliff Syukri Dedah Ibu Bapa Sajat Tak Seceria Dulu

Seperti sudah dijangka, perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang meninggalkan komen negatif pada gambar berkenaan.

Tidak hanya berdiam diri, Sajat membidas kritikan netizen dengan mengatakan Australia adalah negara bebas dan dia boleh memakai apa sahaja di negara tersebut.

“Korang kan memang tak boleh tengok orang senang kan? Kan dah kata Australia negara bebas kenapa korang masih lagi nak kecam-kecam macam aku kat Malaysia. Masih menyibuk,” katanya.

Dalam pada itu, Sajat turut meluahkan rasa hairan apabila dia masih dikecam meskipun bukan lagi tinggal di Malaysia serta ada yang mengaitkan dengan agama.

“Aku nak pakai apa ke, nak pakai bikini ke, seluar pendek ke, tak pakai baju ke. Aku tak faham korang ni jenis suka kecam. Lepas tu kaitkan dengan agamalah. Boleh tak tolong hormati kami sebagai manusia. Aku duk Australia pun tetap kena kecam, biaq pi lah aku nak pakai apa pun!” katanya.

Terdahulu, Sajat membuat pengakuan berani bahawa dirinya seorang transgender ketika muncul dalam program What’s Going On Malaysia yang ditemu ramah pelawak Harith Iskander.

Sajat memaklumkan dia berada di Australia sejak 18 Oktober lalu dan nekad untuk memulakan kehidupan baru di sana sebagai ‘transwoman’.


"Australia Negara Bebas, Nak Pakai Bikini Ke, Biarlah Aku Nak Pakai Apa" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo