Infotainment

Bapa Anzalna Sah Dilantik CEO Finas Baharu Mulai 1 November

Bapa Anzalna Sah Dilantik CEO Finas Baharu Mulai 1 November
Bapa Anzalna Sah Dilantik CEO Finas Baharu Mulai 1 November 1

Siapa tak kenal dengan pelakon cantik wanita, Anzalna Nasir kan? Haa sekarang kita kenal pula dengan bapa Anzalna yang telah sah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) baharu.

Anzalna Nasir dan bapa

Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim diamanahkan jawatan penting itu bagi menggantikan Ahmad Idham yang meletakkan jawatan buat kali kedua sebelum ini. Pelantikan jawatan itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohamad Mantek.

Pelantikan ini bagi tempoh dua tahun yang berkuat kuasa mulai 1 November 2021 bagi menggantikan Dr.Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang berakhir pada 15 Oktober lalu. Ketokohan cemerlang hasil pengalaman luas dalam bidang pengurusan industri kreatif dan seni budaya terbukti apabila menggalas tanggungjawab pelbagai jawatan.

Biodata ringkas Prof. Dr. Md. Nasir

anzalna

Md. Nasir yang berusia 62 tahun itu adalah bapa kepada lima anak perempuan termasuklah pelakon Anzalna, Afifah dan Mia. Beliau memiliki Ijaazah Sarjana Muda Sastera Universiti Sains Malaysia 1986.

Selain itu, beliau turut memperoleh Ijazah Sarjana Pendidikan Seni Universiti McGill, Montreal Kanada tahun 1999. Beliau kemudian menyambung pengajian di Universiti Tasmania, Australia pada tahun 2008 dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah Seni Pendidikan.

Pernah pegang jawatan penting di Aswara

Md. Nasir sebelum ini turut pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Beliau turut menjadi pensyarah di beberapa universiti awam lain di seluruh negara.

Bapa Anzalna juga merupakan bekas guru di beberapa sekolah menengah di Johor dan pernah meraih Anugerah Guru Inovatif pada tahun 1995.

Semoga dengan pelantikan Md. Nasir ini dapat menaikkan lagi pembangunan industri perfileman tanah air.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


Bapa Anzalna Sah Dilantik CEO Finas Baharu Mulai 1 November 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo