Infotainment

Lazat Dan Mudah, Ini Cara Penyediaan Ikan Siakap Sos Thai

Lazat Dan Mudah, Ini Cara Penyediaan Ikan Siakap Sos Thai
Lazat Dan Mudah, Ini Cara Penyediaan Ikan Siakap Sos Thai 1

Menu yang dimasak menggunakan hidupan laut atau seafood seperti ikan siakap tiga rasa, sotong goreng tepung dan udang goreng kunyit sememangnya digemari ramai, lebih-lebih lagi jika kita menjamu selera di restoran.

Lazat Dan Mudah, Ini Cara Penyediaan Ikan Siakap Sos Thai 2

Namun, menu ikan siakap pastinya yang paling kerap dipesan dan menjadi pilihan orang ramai jika nak dibandingkan dengan kebanyakan menu berasaskan seafood yang lain.

Tidak kisahlah sama ada ikan siakap itu dimasak tiga rasa, steam lemon, bakar, disimbah dengan sambal kicap dan bermacam-macam lagi.

Ikan Siakap Sos Thai

Sumber: Facebook Liza Idris

Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian di laman Facebook oleh seorang pengguna bernama Liza Idris yang berkongsi resepi mudah serta cara memasak menu ikan siakap sos Thai.

Nak tahu macam mana cara-cara untuk menyediakan menu ini? Berikut merupakan bahan-bahan dan cara penyediaan menu ikan siakap mengikut resepi Liza Idris.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan menggoreng ikan

  • Ikan siakap
  • Kunyit
  • Tepung jagung
  • Garam

Bahan menumis

  • 2 sudu cili kisar
  • 1 biji bawang holland (Guna sebelah sahaja jika besar)
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 biji cili besar
  • 5-10 biji cili api (Mengikut citarasa masing-masing)
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 batang akar ketumbar

Bahan untuk sos

  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 inci belacan
  • 1 biji limau kasturi
  • Sedikit gula kabung atau gula biasa

Ikan siakap sos thai

Cara-cara penyediaan

1. Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang kemudian bedakkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.

2. Panaskan minyak kemudian goreng ikan yang sudah siap dibedak. Angkat ikan selepas selesai digoreng dan ketepikan dahulu.

3. Hiris nipis dan cincang semua bahan menumis.

4. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dicincang. (Kalau nak pakai minyak goreng ikan sebentar tadi pun boleh juga)

5. Masukkan 2 sudu cili kisar kemudian gaul sehingga sebati.

6. Masukkan 2 inci belacan.

7. Masukkan 2 sudu besar sos cili, 2 sudu besar sos tiram dan 2 sudu besar sos ikan.

8. Masukkan sedikit gula kabung atau gula biasa dan gaul sehingga pecah minyak.

9. Masukkan 1 cawan air.

10. Perahkan 1 biji limau kasturi. (Kalau nak pakai limau nipis pun boleh juga)

11. Taburkan daun ketumbar kemudian gaul lagi.

12. Tuangkan kuah yang sudah siap dimasak ke atas ikan yang digoreng sebentar tadi.

Macam mana? Senang saja kan! Korang boleh lah cuba resepi ini dan hidangkan untuk dijamu bersama keluarga tersayang.

Sekadar info, perkongsian resepi Liza Idris ini menerima pelbagai reaksi dan rata-rata netizen amat menyukai menu tersebut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


Lazat Dan Mudah, Ini Cara Penyediaan Ikan Siakap Sos Thai 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo