Infotainment

Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai

Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai
Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 1

Sepanjang pandemik yang cukup menyeksakan ini, saya menghadapi dilema mencari tempat kerja yang paling selesa di rumah. Isu paling utama ialah ruang kerana perlu berkongsi dengan isteri dan juga anak yang melakukan PdPR. Selepas beberapa bulan tengkuk mula sakit kerana bekerja menggunakan komputer di riba. Saya yakin ini bukanlah isu yang hanya dihadapi oleh saya seorang tetapi kepada semua mereka yang bekerja dari rumah (BDR).

Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai
Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 17

Antara penyelesaian yang saya temui ialah menggunakan satu monitor yang boleh melakukan kesemuanya seperti The One Ring dari The Lord of the Rings. Monitor tersebut ialah Samsung Smart Monitor M5 32″


Samsung Smart Monitor M5 32″

Skrin 32″ IPS LCD, 3,840 x 2,160, 16:9
Sokongan Warna HDR10
Nisbah Kontras 3000 : 1
Kecerahan 250 cd/m²
Masa Tindak Balas 8 ms
Sokongan Paparan Adaptif Tiada
Cagak Tiada
I/O 1x HDMI 2.0, 1x HDMI 2.0 (ARC), 1x USB-C
Audio Speaker Stereo
USB 3x USB-A 2.0, 1x USB-C
Kamera Web Tiada
Harga RM 1999

Skrin

Skrin sebesar 32″ adalah dari keluarga IPS LCD dengan sokongan resolusi sehingga 4K. Skrin masih lagi mengekalkan nisbah tradisional 16:9 yang memudahkannya digunakan untuk menonton pelbagai video berbanding skrin 3:2. Kadar segar semula pula hanya sehingga 60Hz dengan tiada sokongan NVIDIA GSYNC atau AMD FreeSynce. Ini ialah monitor yang pada hemat saya menyasarkan pengguna yang ingin melakukan kerja dan menonton video sahaja tanpa sebarang sokongan untuk mod gaming seperti monitor “tidak pintar”.

Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 3
Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 18

Ini pada hemat saya adalah mengecewakan kerana Samsung ada menawarkan sokongan FreeSync pada monitor biasa mereka yang dijual pada harga lebih mampu milik dan begitu juga pada televisyen pintar mereka sejak 2018. Sungguhpun begitu terdapat Game Mode dan Ultrawide Game View yang mengurangkan masa pendam visual serta memainkan permainan video dalam FOV yang lebih lebar.

Satu lagi kehilangan yang kami rasakan aneh ialah tiada juga sokongan HDR10+ walaupun ini ialah sebuah produk Samsung. Sokongan HDR hanyalah HDR10 sahaja yang kurang dinamik jika dibandingkan dengan HDR10+ dan Dolby Vision. Sungguhpun HDR disokong pada Netflix dan YouTube, saya rasakan ini adalah sekadar gimik kerana skrin hanya mempunyai keterangan sehingga 250 nits. Ini bukanlah keterangan yang cukup tinggi untuk melihat HDR pada tetapan terbaik.

Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 4
Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 19

Mengukuhkan lagi pendapat kami bahawa monitor ini adalah menyasarkan penggunaan untuk media ialah wujudnya Filmmaker Mode yang memastikan video dipaparkan pada tetapan asal pengarah filem. Tiada mod untuk meningkatkan kadar bingkai video yang membuatkan visual kelihatan seperti telenovella. Saya tidak merindui mod ini kerana ia yang pertama dimatikan pada televisyen pintar di rumah. Tetapi harus saya nyatakan di sini kerana ada pengguna yang menggemari mod Auto Motion Plus mereka.

Satu lagi kekurangan yang ketara Smart Monitor M7 ialah hanya sudut dongak skrin boleh diubah. Leher tidak boleh dipusingkan dan ketinggian tidak boleh diubah. DNA televisyen pintar Samsung dapat dilihat di sini. Alangkah baiknya jika sekurang-kurangnya ketinggian dapat diubah seperti Huawei MateView yang kami ulas awal tahun ini.

Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 5
Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 20

Ini akibatnya menyukarkan proses menyambungkan kabel HDMI, USB-C dan aksesori USB-A kepada monitor. Izinkan saya gunakan Huawei MateView sebagai contoh sekali lagi. Pada monitor premium Huawei ini, port USB-C disusun cantik pada leher monitor yang amat mudah diakses. Sambungan kuasa dan HDMI juga dapat diakses mudah pada tapak. Perbezaan ergonomik monitor premium Huawei dan Samsung ini adalah terlalu ketara.

Rekaan dan Penggunaan

Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 6

Rekaan adalah standard biasa yang digunakan Samsung pada monitor mereka dan ini bermakna ia tidak sepremium kemasan pada televisyen pintar mereka. Sekilas pandang sebenarnya tiada sebarang petanda Smart Monitor M7 ialah sebuah monitor pintar. Bezel amat nipis pada tiga sisi dengan hanya dagu yang besar di bahagian bawah. Di bahagian dagu ini juga disorokkan sebuah butang kuasa merangkap butang kawalan media sekiranya kehilangan alat kawalan jauh.

Penggunaan hanya satu butang sahaja ini juga satu lagi keputusan aneh dari Samsung. Aneh memandangkan pada TV pintar mereka, sebuah tombol multi-arah disertakan sebagai standard. Amah mudah mengurangkan kekuatan bunyi dan menukar input dengan tombol ini. Dengan hanya satu butang kuasa untuk semua, proses melakukan kesemua perkara di atas adalah lebih komplek dari sepatutnya. Oleh itu pastikan anda tidak menghilangkan alat kawalan jauh atau memastikan terdapat bateri ganti di rumah. Tanpa alat kawalan jauh ini Smart Monitor M7 sungguh mengecewakan untuk digunakan.

Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 7
Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 21

Alat kawalan jauh yang digunakan pula adalah model yang sama seperti yang diberikan pada televisyen pintar Tizen Samsung sejak 2019. Jika anda sudahpun mempunyai televisyen pintar Samsung di rumah, alat kawalan boleh digunakan pada Smart Monitor M7 tanpa masalah. Alat kawalan jauh amat mudah digunakan dengan pintar pantas kepada Netflix, Prime Video dan pelayar web. Kawalan suara menggunakan Bixby juga disertakan sekali.

Secara peribadi saya sudah lama menggunakan ekosistem televisyen pintar Samsung maka menggunakan Smart Monitor M7 menjadi amat mudah. Alat kawalan jauhnya minimalis seperti sebuah iPod dengan ikonografi yang mudah difahami walaupun jika anda tidak membawa manual yang disertakan. Tetapi perkara yang paling saya suka ialah ia menggunakan dua bateri bersaiz AA yang mudah dibeli.

Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 8
Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 22

Satu lagi perkara yang mudah ialah proses melakukan tetapan buat pertama kali. Jika anda mempunyai peranti Samsung, prosesnya menjadi lebih mudah kerana penggunaan ekosistem yang sama. Akaun-akaun Netflix, HBO GO, YouTube, Prime Video dan banyak lagi boleh dilog masuk menggunakan telefon tanpa perlu sakit kepala menaip menggunakan alat kawalan jauh. Kesemuanya hanya memerlukan pengguna mempunyai akaun Samsung.

Dengan sokongan WiFi 5GHz, tiada isu menstrim kandungan 4K berlaku sepanjang tempoh ulasan. Isu yang muncul hanyalah tiadanya sambungan LAN yang biasanya diberikan pada televisyen pintar moden. Tetapi dengan adanya sokongan WiFi 5GHz ketiadaan port LAN tidak begitu saya rasai.

Isu yang wujud ialah Tizen masih mempunyai beberapa kerompongan aplikasi seperti Disney+ Hotstar misalnya. Pilihan aplikasi masih tidak sebaik yang ditawarkan pada platform Android TV pada waktu ini. Mahukan Disney+ Hotstar? Salah satu caranya ialah menggunakan AirPlay 2 dari sebuah iPhone, iPad atau MacBook. Menggunakan Android? Maaf kerana Smart Monitor M7 tidak menyokong Google Cast tanpa aplikasi terpasang pada televisyen.

Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 9
Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 23

Bagaimana pula dengan sambungan berwayar kepada komputer, konsol dan storan media luaran? Pengalamannya adalah bergantung kepada peranti itu sendiri dan jenis sambungan yang ingin dilalukan.

Sambungan secara HDMI adalah cemerlang kerana HDMI 2.0 menyokong CEC. Tekan butang kuasa pada konsol PlayStation 5 misalnya, dan monitor akan terpasang secara automatik sejurus selepas mengesan input yang diterima. Perkara yang sama berlaku apabila menyambungkan nya kepada sebuah komputer riba dan Mac Mini yang saya miliki di rumah. Tanpa perlu diberikan arahan, monitor akan terus menjadi monitor sekunder kerana sistem Auto Switch+ yang terbina pada sistem.

Sambungan menerusi USB-C adalah sedikit bermasalah. Pelbagai kabel USB-C yang saya gunakan selama ini untuk melakukan sambungan ke Smart Monitor M7 tidak dapat dikesan. Dari pelbagai jawapan di forum, hanya kabel USB-C 3.1 GEN 2 dan keatas sahaja disokong. Jika sambungan dilakukan juga, komputer riba/peranti akan hanya dicas tetapi monitor tidak mengesan isyarat input. Sokongan pengecasan adalah sehingga 65W sahaja menerusi port USB-C. Isu ini amat mengecewakan kerana perlunya membeli kabel baharu.

Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 10
Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 24

Satu lagi sambungan yang boleh dilakukan ialah Samsung Dex secara berwayar dan nirwayar. Apabila sambungan dilakukan, pelbagai peranti input seperti tetikus dan papan kekunci boleh digunakan apabila disambungkan kepada pot USB-C di belakang monitor.

Bercakap mengenai bahagian belakang monitor, terdapat sokongan untuk sambungan VESA. Monitor boleh disambungkan kepada cagak meja atau dipasang pada dinding bagi mereka yang tidak mahu meletakkannya di atas permukaan meja.

Audio

Speaker yang disertakan menembak ke bawah. Dari segi prestasi ia lebih baik berbanding yang digunakan pada sebuah monitor komputer dan setanding dengan yang digunakan pada televisyen pintar. Memandangkan Smart Monitor M7 direka untuk digunakan pada jarak dekat, prestasi audionya adalah memuaskan. Ia tidak akan memuaskan hati peminat audio tahap bangsawan tetapi lebih daripada memuaskan bagi saya sebagai sebuah monitor kerja.

Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 11
Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 25

Bagi yang inginkan pengalaman audio yang lebih baik, sokongan audio ATMOS boleh dinikmati jika disambungkan kepada speaker yang menyokongnya. Ini dilakukan menerusi sambungan HDMI ARC. Saya sempat mengujinya dengan sebuah Bose Beam (Gen2) dan proses memasang Smart Monitor M7 kepada soundbar ATMOS ini adalah cukup mudah. Semudah sambung, hidupkan dan tekan ok sahaja.

Kesimpulan

Sebelum pandemik kami rasakan keperluan untuk monitor pintar seperti ini mungkin tidak tinggi tetapi pandemik membuktikan sebenarnya bekerja dari rumah (BDR) ialah masa depan pekerjaan. Bagi mereka yang sudah mula berhijrah ke BDR seperti saya, Smart Monitor M7 ialah monitor yang saya sarankan untuk anda sekarang kerana ianya boleh digunakan dalam pelbagai situasi dengan cemerlang.Pada harga RM1999 sebuah ia boleh diklasifikasikan sebagai agak mahal tetapi ini ialah lumrah produk hibrid yang menggabungkan dua peranti menjadi satu.

Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 12
Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 26

Jadi siapakah golongan sasaran untuk Samsung Smart Monitor M7? Ia adalah mereka yang memerlukan sebuah monitor kerja 4K yang juga berfungsi sebagai sebuah televisyen pintar 4K bagi tujuan hiburan selepas waktu pejabat. Mungkin ada yang berkata adalah lebih baik membeli sebuah televisyen pintar dengan saiz skrin lebih besar. Memang ada kebenarannya tetapi dari pengalaman peribadi menggunakan televisyen pintar 40″ 4K di rumah sebagai monitor kerja, pengalamannya adalah agak aneh kerana saiz skrin yang terlalu besar untuk penggunaan jarak dekat di atas meja. Skrin 32″ pada hemat saya adalah saiz maksimum untuk pengalaman yang selesa.

Sebagai monitor hibrid ia menggabungkan dua peranti dalam satu. Oleh itu kelebihan dan kekuatan monitor PC dan televisyen pintar wujud pada Smart Monitor M7. Sungguhpun begitu kelebihannya masih melepasi semua kekurangan yang ada.


Pro

  • Skrin 32″ yang cantik dan tajam. Sesuai untuk kerja dan menonton kandungan media.
  • Sistem operasi Tizen yang menyokong pelbagai platform penstriman popular.
  • Pilihan I/O yang menarik dengan sambungan 2X HDMI, USB-C dan Apple AirPlay 2.
  • Alat kawalan jauh universal yang mudah digunakan.
  • Sokongan ekosistem Samsung yang baik.
  • Speaker yang baik bagi sebuah monitor kerja.

Kontra

  • Sekadar 60Hz.
  • HDR tidak begitu jelas kerana skrin tidak mempunyai tahap keterangan tinggi.
  • Hanya kabel USB-C 3.1 Gen 2 ke atas boleh digunakan untuk sambungan USB-C.
  • Hanya sudut dongak boleh diubah oleh pengguna.
  • Lokasi I/O tidak begitu mudah diakses.
Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 13

Ulasan Samsung 32″ Smart Monitor M7 – Serasi Untuk Produktiviti, Sesuai Untuk Santai 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo