Infotainment

Minah Saleh ‘Karen’ Tular Sekali Lagi, Kongsi Video Tentang Kebebasan Di Twitter

Minah Saleh ‘Karen’ Tular Sekali Lagi, Kongsi Video Tentang Kebebasan Di Twitter
Minah Saleh 'Karen' Tular Sekali Lagi, Kongsi Video Tentang Kebebasan Di Twitter 1

Sebuah perkongsian video oleh seorang wanita warga asing atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Karen’ yang pernah menimbulkan kekecohan kerana enggan memakai pelitup muka di sebuah premis di KLCC telah tular di media sosial.

Karen

Menerusi video berdurasi dua minit 20 saat itu, dia bermula dengan mengucapkan selamat pagi lalu memperkenalkan dirinya sebagai Kerry dan memberitahu yang dia sudah datang ke Malaysia dari Manchester sejak 20 tahun yang lalu.

Hati saya, jiwa saya dan anak-anak saya semuanya sangat menyayangi rumah kami di sini.

Dalam perkongsian video yang telah dimuat naik semalam di laman Twitter @117%WeThePeople, wanita itu mengatakan bahawa terdapat negara yang sudah menarik balik perintah untuk memakai pelitup muka.

Tambah wanita itu, mereka mempunyai kebebasan untuk memilih apa untuk dimakan, ke mana hendak pergi, dengan siapa mereka pergi dan apa yang mereka lakukan kepada badan mereka melalui kaedah perubatan atau sebaliknya.

‘Karen’ turut mengatakan banyak negara yang kini sudah melepaskan mandat Covid-19 bagi negara masing-masing lalu meminta penonton video tersebut untuk menilai perkara itu sendiri.

Open your eyes, open your hearts, open your souls, open your homes, open house, love, laughter, joy and delicious food.

Wanita itu kemudian meminta rakyat Malaysia untuk membayangkan jika dapat membuat rumah terbuka setiap hari untuk menyatukan Malaysia sebelum mengatakan bahawa seorang individu tidak mempunyai hak jika tidak menyedari akan haknya.

'Karen'

'Karen'

Perkongsian video wanita itu telah di ulang ciap lebih daripada 2,000 kali dan menerima lebih 500 komen yang kebanyakannya adalah daripada rakyat Malaysia.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu kerana dilihat seperti sengaja ingin mempersoalkan arahan yang telah ditetapkan pihak berkuasa dan berhasrat mahu memburukkan nama baik serta imej Malaysia.

Sekadar info, dua video wanita itu telah tular sebelum ini dan kedua-duanya menunjukkan yang dia enggan memakai pelitup muka seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


Minah Saleh 'Karen' Tular Sekali Lagi, Kongsi Video Tentang Kebebasan Di Twitter 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo