Infotainment

Dah Tak Mengigau Ketika Tidur Teringat Arwah Anak, Azmi Saat Lega Keadaan Isteri Bertambah Baik

Dah Tak Mengigau Ketika Tidur Teringat Arwah Anak, Azmi Saat Lega Keadaan Isteri Bertambah Baik
Dah Tak Mengigau Ketika Tidur Teringat Arwah Anak, Azmi Saat Lega Keadaan Isteri Bertambah Baik 1

Penyanyi Azmi Saat melepaskan nafas lega apabila isterinya, Nazira Muhammad kini tidak lagi mengigau ketika sedang tidur akibat teringat akan anak mereka iaitu Allahyarham Khairul Afnan yang meninggal dunia pada 30 September lalu.

Azmi saat dan isteri

Ketika dihubungi oleh pihak Harian Metro, Azmi berkata perasaan sedih masih dialami oleh isterinya, namun sekarang ini agak terkawal, kadang kala baik dan ada ketika menangis disebakan menanggung rindu.

Saya sedar kena kuat untuk isteri dan syukur alhamdulillah kami reda dengan ketentuan takdir ini. Namun, masih perlukan masa untuk mengubat kesedihan hati.

Dalam pada itu, beliau turut memohon orang ramai untuk terus mendoakan agar isterinya serta dia terus kuat untuk melalui ujian yang diberikan oleh Allah SWT buat mereka.

Penyanyi lagu Tulus ini juga memberitahu bahawa dia merancang untuk menghasilkan lagu istimewa buat arwah anak yang melodinya dihasilkan oleh Ajai, manakala lirik ditulis Ahmad Fedtri Yahya.

Azmi Saat dan isteri

Terdahulu, vokalis kumpulan Caliph Buskers itu kehilangan cahaya matanya tiga hari selepas dilahirkan pada 27 September lalu akibat kegagalan fungsi otak yang dikesan selepas lahir.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


Dah Tak Mengigau Ketika Tidur Teringat Arwah Anak, Azmi Saat Lega Keadaan Isteri Bertambah Baik 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo