Artikel Terkini

“24 Oktober Tarikh Sweet Dilahirkan, Hari Ini Juga Saya Ambil Tanggungjawab Sebagai Suami”

“24 Oktober Tarikh Sweet Dilahirkan, Hari Ini Juga Saya Ambil Tanggungjawab Sebagai Suami”
“24 Oktober Tarikh Sweet Dilahirkan, Hari Ini Juga Saya Ambil Tanggungjawab Sebagai Suami” 1

Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Sweet Qismina dan Adam Lee yang selamat diijabkabulkan pagi tadi dalam satu majlis diadakan di The Boathouse, Ampang, Kuala Lumpur.

Memetik Harian Metro, Adam berkata dia memilih tarikh pernikahan hari ini iaitu 24 Oktober sempena dengan tarikh lahir isteri tercinta.

BACA: Sweet Qismina Sah Bergelar Isteri Adam Lee

“Alasan kenapa saya memilih 24 Oktober sebab tarikh ini adalah hari Sweet dilahirkan dan pada hari ini juga saya mengambil tanggungjawab sebagai suami. Besar tanggungjawab saya, tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya,” katanya

Sepanjang empat tahun menjalin hubungan cinta dan kini melangkah ke fasa alam rumah tangga, Adam berkata apa yang paling penting adalah kejujuran.

“Apa yang penting dalam sesebuah perhubungan adalah kena jujur. Jangan sesekali tipu pasangan. Sebagai contoh, kalau saya ada menipu mungkin kami belum sampai tahap ini,” katanya.

Sementara itu, Sweet berkata dia dan Adam mengambil masa selama empat tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin kerana mahu menamatkan pengajian terlebih dahulu.

“Sewaktu kami mula berkenalan, saya masih belajar iaitu di tahun akhir. Mak saya tidak ada masalah untuk kami berkawan, tapi dengan syarat saya kena habiskan belajar.

“Alhamdulillah, sepanjang tempoh itu perhubungan kami dipermudahkan. Tidak ada istilah ‘on off’. Malah, tahun pertama kenal, kami sudah hebahkan di media sosial. Mungkin sebab itu ramai mendoakan kami kekal ke jenjang pelamin. Allah makbulkan sampai sekarang,” katanya.

Dalam majlis pernikahan hari ini, Sweet menerima mas kahwin RM2,410.97 merupakan simbolik tarikh lahir Sweet. Malah, pasangan itu juga bertunang pada 24 Oktober tahun lalu pada ulang tahun kelahiran Sweet yang ke-24. 

Difahamkan, Adam dan Sweet bakal diraikan dalam satu majlis resepsi pada 29 Oktober ini di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.


“24 Oktober Tarikh Sweet Dilahirkan, Hari Ini Juga Saya Ambil Tanggungjawab Sebagai Suami” 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list