Artikel Terkini

3,000 doktor kontrak letak jawatan sejak 3 tahun lalu

3,000 doktor kontrak letak jawatan sejak 3 tahun lalu
3,000 doktor kontrak letak jawatan sejak 3 tahun lalu 5
3,000 doktor kontrak letak jawatan sejak 3 tahun lalu
Akhir tahun lalu seramai 14,511 doktor kontrak berkhidmat di Kementerian Kesihatan. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Seramai 3,046 doktor kontrak meletak jawatan dalam tempoh tiga tahun lalu, menurut Kementerian Kesihatan, jumlah yang dianggap membimbangkan oleh seorang senator.

Dalam jawapan bertulis kepada Dr RA Lingeswaran, Kementerian Kesihatan (KKM) berkata seramai 924 doktor kontrak meninggalkan perkhidmatan awam tahun lalu.