Infotainment

5 Kali Pernah Menyelamatkan Dunia, Dwayne Johnson Sememangnya Hero Sebenar! – ‘He’s Our Rock’

5 Kali Pernah Menyelamatkan Dunia, Dwayne Johnson Sememangnya Hero Sebenar! – ‘He’s Our Rock’
5 Kali Pernah Menyelamatkan Dunia, Dwayne Johnson Sememangnya Hero Sebenar! – 'He's Our Rock' 1

Shout Out!

5 Kali Pernah Menyelamatkan Dunia, Dwayne Johnson Sememangnya Hero Sebenar! – 'He's Our Rock' 2

Pernah menyelamatkan hutan belantara dan separuh daripada penduduk dunia daripada bio-pengganas, nama Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai ‘The Rock’ ini merupakan lelaki perkasa yang menjadi idaman semua orang tatkala dunia berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Bukan itu sahaja, ‘The Rock’ yang pernah sukses dalam dunia gusti (WWE) dilihat aktif berlakon dan tampil di layar lebar. Kesemua filem yang dibintangi olehnya, sudah pasti mempunyai pelbagai aksi yang mendebarkan dan meraih tumpuan para penonton. Bintang Amerika-Kanada ini juga sering melakukan improvisasi untuk membuat sesuatu adegan nampak lebih menarik, lebih-lebih lagi ketika semua filem yang dilakonkan olehnya bertemakan misi ‘menyelamatkan dunia’.

5 Kali Pernah Menyelamatkan Dunia, Dwayne Johnson Sememangnya Hero Sebenar! – 'He's Our Rock' 4

Foto: Netflix

Welcome to the Jungle berkisah tentang empat remaja yang terseret ke dalam permainan video ajaib. Mereka perlu bekerjasama untuk menyelesaikan kesemua misi dalam permainan video tersebut sekiranya mahu melarikan diri. Figura berotot dan wajah Dr. Xander Bravestone (Dwayne Johnson) yang membara menjadi pemangkin semangat kepada Spencer Gilpin yang ulat buku (Alex Wolff). Tanpa menemui jalan keluar yang lain selain daripada memulakan pencarian berbahaya yang akan membebaskan Jumanji daripada terkena sumpahan jahat, Spencer dengan berat hati bekerjasama dengan tiga rakan sekolahnya untuk kembalikan permata ajaib dan suci ‘the Jaguar’s Eye’ ke kuilnya di tengah-tengah hutan dan memulihkan dunia Jumanji kepada kejayaannya dahulu.

5 Kali Pernah Menyelamatkan Dunia, Dwayne Johnson Sememangnya Hero Sebenar! – 'He's Our Rock' 6

Foto: Netflix

Mereka bukan kawan, tetapi mereka pasti membentuk pasukan yang berkesan! Filem ini adalah spin-off dari siri filem The Fast and Furious dan kisahnya difokuskan kepada Luke Hobbs (Dwayne Johnson) dan Deckard Shaw (Jason Statham). Hobbs merupakan agen keamanan Amerika Serikat, manakala Shaw merupakan bekas agen intelijen Inggris. Mereka pertama kali bertemu pada Fast & Furious 7 (2015). Sejak pertemuan pertama, mereka selalu mempunyai konflik karena perbedaan kepentingan.

Namun begitu, kedua mereka berjaya membentuk sebuah pakatan dan menghentikan serangan siber genetik penjahat yang mahu melancarkan serangan biologi maut terhadap separuh daripada penduduk dunia.

5 Kali Pernah Menyelamatkan Dunia, Dwayne Johnson Sememangnya Hero Sebenar! – 'He's Our Rock' 8

Foto: Netflix

Bolehkah otot The Rock menyelamatkan keluarganya kerana dunia di sekeliling mereka benar-benar runtuh? Sebagai jurutertbang helikopter dan penyelamat, Ray lakonan Dwayne Johnson perlu menyelamatkan bekas isterinya Emma (Carla Gugino) dari sebuah bangunan pencakar langit di Los Angeles apabila gempa bumi melanda California. Apabila lebih banyak gempa bumi melanda seluruh negeri dari LA ke San Francisco, pasangan yang terasing ini mesti berlumba dengan masa dan merentasi Pantai Barat untuk menyelamatkan satu-satunya anak perempuan mereka.

5 Kali Pernah Menyelamatkan Dunia, Dwayne Johnson Sememangnya Hero Sebenar! – 'He's Our Rock' 10

Foto: Netflix

Sebagai pasukan penyelamat elit yang rapat di Emerald Bay, Florida, Leftenan Mitch Buchannon (Johnson) dan bekas pemain Olimpik Matt Brody (Zac Efron) perlu mengetepikan perbezaan pendapat mereka sejak kali pertama bertemu. Ini kerana, mereka perlu mendedahkan sindiket dadah bawah tanah yang mengancam kawasan tersebut. Dalam filem ini juga, penonton dapat melihat kedua-dua watak ini berlari dengan penuh gaya. Kesan slow-mo turut diguna pakai sepanjang kedua-dua mereka berlari di pantai.

5 Kali Pernah Menyelamatkan Dunia, Dwayne Johnson Sememangnya Hero Sebenar! – 'He's Our Rock' 12

Foto: Netflix

Artifak sejarah yang tidak boleh diganti telah hilang dari muzium di Itali, dan Ejen Khas John Hartley, FBI (Johnson) sedang melakukan siasatan mengenai kes itu. Dalam mengejar The Bishop (Gal Gadot) iaitu pencuri seni paling dikehendaki di dunia, Ejen Hartley memulakan misi pengembaraan dunia dengan menjejaki pencuri seni kedua paling dicari di dunia Nolan Booth (Ryan Reynolds) untuk mendapatkan satu set khazanah sejarah yang tidak ternilai ‘Telur Cleopatra’. Adakah mereka akan berjaya menyelesaikan kes tersebut dan menyelamatkan artifak sejarah yang tidak ternilai itu sebelum hilang daripada pandangan umum buat selamanya-lamanya? 

Untuk mengetahui apa yang bakal berlaku, korang semua jangan lupa tonton tayangan perdana Red Notice pada 12 November ini, hanya di Netflix!

5 Kali Pernah Menyelamatkan Dunia, Dwayne Johnson Sememangnya Hero Sebenar! – 'He's Our Rock' 14

Berikutan topik rompakan, nampaknya Red Notice telah tiba di Malaysia. Belakangan ini, barangan ikonik dari seluruh negara telahpun dicuri dan sama seperti dalam filem itu! Sebagai contoh, Telur Cleopatra telah dicuri dari papan iklan di Kuala Lumpur. Satu di sepanjang lebuh raya LDP di Bandar Sunway dan satu lagi di sepanjang Lebuhraya KL-Seremban berhampiran Tol Sungai Besi. Bukan itu sahaja, beberapa huruf arca ikonik ‘Beyond’ di luar bangunan Astro di Bukit Jalil nampaknya turut dicuri.

5 Kali Pernah Menyelamatkan Dunia, Dwayne Johnson Sememangnya Hero Sebenar! – 'He's Our Rock' 16

Apapaun korang semua jangan risau! Barang yang telah dicuri ini akan didedahkan di Pavilion KL pada 12 November nanti. Sejujurnya, kami tidak sabar untuk mengetahui siapa dalang di sebalik rompakan ini!


5 Kali Pernah Menyelamatkan Dunia, Dwayne Johnson Sememangnya Hero Sebenar! – 'He's Our Rock' 18

The following two tabs change content below.

I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.


5 Kali Pernah Menyelamatkan Dunia, Dwayne Johnson Sememangnya Hero Sebenar! – 'He's Our Rock' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo