Artikel Terkini

6 maut letupan di sekolah menengah di Kabul

6 maut letupan di sekolah menengah di Kabul
6 maut letupan di sekolah menengah di Kabul 1

KABUL, 17 Ramadan 1443H, Selasa – Sekurang-kurangnya enam orang termasuk pelajar terbunuh dan 11 lagi cedera selepas dua letupan menyasarkan sebuah sekolah lelaki di kejiranan Dasht-e-Barchi di ibu negara Afghanistan.

Jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran memberitahu agensi berita AFP pada Selasa bahawa dua bahan letupan buatan sendiri (IED) meletup di luar sekolah menengah Abdul Rahim Shahid di barat Kabul.

“Ini adalah angka awal. Kami berada di sini dan menunggu butiran lanjut,” katanya.

Zadran berkata, letupan ketiga dilaporkan berlaku di pusat bahasa Inggeris di kawasan yang sama.

Beliau tidak menyatakan sama ada ia disebabkan oleh bahan letupan.

Tiada laporan segera mengenai korban dari sana.

Beliau sebelum ini memuatnaik hantaran di Twitter bahawa tiga letupan telah menggegarkan sekolah berkenaan yang terletak di kawasan yang didiami terutamanya oleh masyarakat Syiah Hazara – minoriti etnik dan agama yang sering menjadi sasaran serangan ISIL pada masa lalu.

Letupan pada Selasa berlaku ketika pelajar keluar dari kelas mereka di sekolah itu, yang boleh menempatkan sehingga 1,000 pelajar, kata saksi kepada AFP.

Tidak dapat dipastikan jumlah pelajar yang berada di sekolah itu ketika letupan berlaku. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

6 maut letupan di sekolah menengah di Kabul 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list