Artikel Terkini

7 Teknik Mudah Untuk Elak Semai Tanaman Yang Mempunyai Benih Halus Terlalu Rapat

7 Teknik Mudah Untuk Elak Semai Tanaman Yang Mempunyai Benih Halus Terlalu Rapat
7 Teknik Mudah Untuk Elak Semai Tanaman Yang Mempunyai Benih Halus Terlalu Rapat 1

Biji benih yang halus memang agak sukar untuk dikendali ketia proses penyemaian. Anda perlu teliti dalam menyusun anak biji benih ketika disemai untuk mengelakkan ia daripada tumbuh rapat. Namun, teknik itu akan mengambil masa yang agak lama. Oleh itu, Terdapat beberapa teknik lain yang lebih mudah untuk tujuan penyemaian biji benih yang halus.

1. Campuran pasir
Campurkan 2 bahagian pasir dan satu bahagian biji benih ke dalam cawan. Gaul rata kemudian taburkan terus campuran biji benih dan pasir tadi ke atas batas tanaman. Namuan, sebelum semain dilakukan, basah atau siramkan sedikit permukaan medium dengan air. Selesai semaian, anda tidak perlu lagi lakukan siraman. Ia bertujuan untuk mengelak biji benih lari dan mengikut aliran air siraman. Partikel pasir yang gunakan mampu mengelak biji benih yang disemai tumbuh secara rapat.

7 Teknik Mudah Untuk Elak Semai Tanaman Yang Mempunyai Benih Halus Terlalu Rapat 2

2. Botol garam
Isikan biji benih kedalam botol garam yang bersih dan kering. Untuk semaian, goncang perlahan-lahan botol garam tadi, agar biji benih yang terkandung didalam nya boleh kelaur dari lubang-lubang penutup botol secara terkawal. Jika anda semai biji benih terus ke batas, sebaiknya sediakan garis atau longkakng tanaman dengan kedalaman 1cm minimum dan goncangkan botol garam pada longkang yang telah disediakan.

3. Sekeping kertas
Sediakan longkang tanaman dengan kedalam 1 cm. Lipat 2 kertas bersaiz A4 dan tuangkan sedikit biji benih di bahagian lipatan kertas tadi. Tabur perlahan-lahan biji benih tadi dengan menggunakan muncung lipatan yang terdapat pada kertas terus di dalam batas tanaman yang tealh disediakan.

4. Pasu atau bekas semaian
Gunakan pasu kecik atau bekas semaian untuk memudah kan anda melakukan semaian. Semai 2-3 biji bagi setiap sel. Untuk pasu kecil, cuba semai 4-6 biji benih

7 Teknik Mudah Untuk Elak Semai Tanaman Yang Mempunyai Benih Halus Terlalu Rapat 4

5. Guna penyepit
Bagi anda yang lebih mementingkan keseragaman, gunakan penyepit. Pilih penyepit yang mempunyai hujung halus atau tirus untuk memudahkan anda memegang biji benih yang halus. Namun anda perlu kendalinya secara perlahan-lahan tanpa merosakan biji benih

Tip: Use tweezer to pick up and plant seed from gardening

6. Lidi basah
Basahkan sedikit hujung lidi atau pencungkil gigi dan celup ke dalam beaks biji benih. Jadi, anda hanya perlu semai biji benih yang melekat pada hujung lidi tadi dalam satu masa. Namun anda perlu berhati-hati, pastikan lidi yang digunakan tidak terlalu basah. Jika tidak, ia akan mencemarkan bejih benih yang tertinggal. Biji benih perlu sentiasa dalam keadaan kering untuk ia kekal tahan lebih lama

7 Teknik Mudah Untuk Elak Semai Tanaman Yang Mempunyai Benih Halus Terlalu Rapat 6

7. Perut jari
Jika anda menyeami biji benih terus di dalam pasu atau petak semaian, cara yang paling mudah dan cepat adalah dengan basahkan sedikit perut jari anda dan celupkan ke delam bekas biji benih. Pastikan hanya 2-3 biji benih sahaja yang digunakan bagis etiap sel semaian. Buang biji benih yang berlebihan melekat di perut jari.

7 Teknik Mudah Untuk Elak Semai Tanaman Yang Mempunyai Benih Halus Terlalu Rapat 8

7 Teknik Mudah Untuk Elak Semai Tanaman Yang Mempunyai Benih Halus Terlalu Rapat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list