Artikel Terkini

Ada Apa Dengan Kampung Seri Daik? Seramnya!

Ada Apa Dengan Kampung Seri Daik? Seramnya!
Ada Apa Dengan Kampung Seri Daik? Seramnya! 1

Kalau sebut je kisah mistik atau misteri, pasti ramai yang suka termasuklah kami. Hehe…Seronok sebenarnya kalau dengar cerita-cerita mistik ni. Kadang-kadang dengar pengalaman orang pun dah seronok, tambahan pula kalau cerita tu dari orang berumur macam datuk, nenek atau mak ayah kita kan. Best weh kisah orang dulu-dulu.

Ada Apa Dengan Kampung Seri Daik? Seramnya! 2

Banyak gais lokasi di Malaysia yang ada kisah seramnya tersendiri. Kalau dengar cerita orang ramai ni, ada yang pernah jumpa dengan makhluk halus tau. Malah ada juga yang pernah diganggu. Mak ai, kalau kami yang kena ni memang makan tak habis weh!

Baru-baru ni kami ada terdengar juga cerita tentang sebuah kampung iaitu Kg. Seri Daik. Lokasi kat mana tu kami pun tak pasti. Tapi apa yang kami boleh cakap, ada juga dengar cerita yang meremang kat sini. Macam-macam mitos keluar.

Ada Apa Dengan Kg Seri Daik Berdasarkan Mitos?

Antara mitos yang orang selalu katakan adalah sungai di Kg. Seri Daik ini pernah dipenuhi dengan warna darah selama 3 hari berturut-turut tanpa sesiapa pun tahu dari mana datangnya. Gila seram!

Selain itu, jambatan gantung di Kg. Seri Daik ini pernah roboh selepas ribut melanda sedangkan tidak pernah ada ribut atau hujan lebat berlaku sebelum itu. Takkan lah orang kampung tu pula nak robohkan, macam tak logik je.

Bukan tu je gais, satu-satunya gua yang terdapat di Kg. Seri Daik pernah digunakan oleh pengamal ajaran sesat selama 10 tahun. Dan kini ada diantara penduduk kampung yang gunakan untuk melakukan upacara khurafat. Bahaya weh kalau ada aktiviti pemujaan dan khurafat ni. Mereka terlalu taksub dengan sesuatu kepercayaan!

Ada Apa Dengan Kampung Seri Daik? Seramnya! 3

Kredit imej : Harian Metro

Ada juga yang cakap hutan di Kg. Seri Daik tak macam hutan-hutan lain. Tiada sebarang bunyi yang kedengaran gais. Sunyi sepi bagaikan tiada kehidupan dalam tu. Memang tak lah kalau disuruh masuk dalam hutan ni. Nangis weh!

Suasana senja di Kg Seri Daik lagilah seram weh. Betul-betul sunyi. Dikatakan sunyi ni memang terlalu sunyi, tambah lagi kat hutan belakang tu. Meremang!

Ada Apa Dengan Kampung Seri Daik? Seramnya! 4

Berdasarkan mitos, busut yang terletak di dalam hutan Kg. Seri Daik ni sudah menjadi kawasan larangan pada penduduk. Sesiapa yang datang, mungkin tidak kembali. Jadi, tak payah tunjuk berani nak masuk dalam hutan tu ye.

Haa ini belum masuk lagi bab yang lagi misteri. Di Kg. Seri Daik ni juga dikatakan ada seorang bomoh. Ramai juga pesakit yang datang berubat, tapi tulah tak pasti ubatnya ‘putih’ atau ‘hitam’. Huhu.

Ada Apa Dengan Kampung Seri Daik? Seramnya! 5

Nak Pergi Mulut Jangan Celupar!

Kalau macam ni lah punya cerita kan, tak berani kami nak jejakkan kaki di Kg. Seri Daik ni. Hati kena kuat bhai. Kalau nak pergi tak boleh celupar, kang lain jadinya.

Ada Apa Dengan Kampung Seri Daik? Seramnya! 6

Oh ya, kalau anda nak lebih tahu tentang Kg. Seri Daik yang seram ni, anda boleh tengok di Facebook nya. Banyak juga kami jumpa gambar-gambar misteri di sini. Suasana kampungnya pun anda boleh tengok.

Anda juga boleh menang ‘lawatan’ ke Kg. Seri Daik ni kalau follow Facebook ni rapat-rapat tau.

Awas! Sebarang perkara mistik yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab anda!


Ada Apa Dengan Kampung Seri Daik? Seramnya! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list