Artikel Terkini

Adakah Ini Hari Raya Terakhir Sebelum PRU15?

Adakah Ini Hari Raya Terakhir Sebelum PRU15?
Adakah Ini Hari Raya Terakhir Sebelum PRU15? 1

Rakyat Perancis baharu sahaja selesai memilih Presiden beberapa minggu yang lalu. Keputusannya, Emmanuel Macron dapat mengekalkan jawatanya dengan mendapat undian sebanyak 55% dan pesaing terdekatnya, Marine Le Pen pula memperoleh 42% undi. Meskipun tewas, undi Le Pen meningkat 10% berbanding pilihan raya Presiden sebelum ini, meletakkan partinya National Rally yang berideologikan fahaman kanan, kian mendapat sokongan pengundi Perancis.

Pengundi Perancis menyifatkan pilihan raya presiden kali ini adalah pertembungan antara calon terburuk. Rakyat menyifatkan Macron tidak berkemampuan untuk melaksanakan agenda ekonomi yang diperlukan rakyat manakala Le Pen pula pemimpin radikal dan bersikap anti pendatang dan Islam.

Tetapi, imej kesederhanaan ditonjolkan Macron telah menyatukan pengundi kelompok tengah dan kiri. Mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana mengundi Le Pen yang berfikiran radikal dan keras itu dianggap seperti memusnahkan masa depan negara dan rakyat Perancis.

Apa yang penting di sini adalah proses demokrasi untuk memilih pemimpin dan kerajaan berjalan seperti biasa dan tidak boleh dipandang mudah. Sama ada di musim perayaan atau tidak, pilihan raya akan tetap berjalan sekiranya ia memerlukan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Selalunya, perhitungan mengadakan pilihan raya bukan soal kepenatan rakyat menjalani kehidupan atau berpuasa, tetapi keuntungan percaturan parti politik menjadi keutamaan bagi melaksanakan pilihan raya.

Itulah yang berlaku di Malaysia sekarang. Kalau rakyat kini sedang mengira duit KWSP untuk dibelanjakan, parti politik pula sedang mencongak hari menuju pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Cerita ini kian bertiup kencang sejak UMNO-BN menang besar di Johor.

Persoalannya, adakah ini Hari Raya terakhir sebelum PRU15? Mungkin ya, sama ada lewat atau lambat, mahupun menunggu tarikh tamatnya perjanjian persefahaman (MoU) kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) pada 31 Julai ini, PRU15 semakin menghampiri kita.

Mulanya Kempen PRU15

Dengan keadaan pembangkang berpecah dan hilang arah tuju, bagi UMNO ini adalah masa yang paling cocok untuk kembali ke Putrajaya. Kalau diikutkan semangat UMNO-BN ini, PRU15 sepatutnya berlaku sekarang.

Hari raya tahun ini begitu penting buat orang Melayu selepas tidak dapat menyambutnya hampir dua tahun akibat Covid-19. Tetapi, buat Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, ini adalah peluang berharga menaikkan ‘mood’ rakyat melihat dirinya sebagai calon Perdana Menteri terbaik berbanding Dato’ Sri Najib Razak.

Beliau tahu, untuk mendapat sokongan UMNO-BN menyokong dirinya agak mustahil. Tetapi, dengan memujuk rakyat, ia memberi tekanan kepada partinya memilih dirinya sebagai ‘poster boy’ dalam PRU15. Tentu sekali, lepas ini kita akan mendengar pengumuman atau inisiatif daripada kerajaan Ismail Sabri bagi menggembirakan hati rakyat.

Selagi kluster mahkamah masih didakwa di mahkamah atau Najib Razak dan Zahid Hamidi akan dijatuhkan hukuman penjara, peluang Ismail Sabri menerajui UMNO-BN dan kerajaan semakin cerah.

Najib Razak yang digelar sebagai ‘kemaluan negara’ (national embarrassment) sudah mula menunjukkan sikap angkuhnya. Entah bagaimana dia boleh memperlekeh institusi kehakiman negara yang sebelum ini beliau katakan bersih dan adil sewaktu menjadi Perdana Menteri. Meskipun nampak gah, tetapi beliau berada dalam dilema untuk menjadi bekas Perdana Menteri pertama menjadi banduan penjara.

Cerita di pihak pembangkang pula lebih membimbangkan. PH masih lagi terperangkap dalam debat ‘khemah besar’. Ada pula pemimpin ingin penyokong memilih sama ada PH perlu mengambil pendekatan ‘berunding’ atau ‘berperang’ untuk menang PRU15. Ini semula dilema PH yang dilihat kaku dan tidak bermaya.

Ketidakpastian Meningkat

Hakikatnya, rakyat tidak kisah pendekatan apa yang PH ingin gunakan. Rakyat ingin tahu apakah tawaran PH yang boleh meyakinkan mereka mengundi PH semula ke Putrajaya. Suka atau tidak, kebanyakan rakyat Malaysia mendambakan sebuah gabungan parti politik yang bersedia menjadi kerajaan, bukan bersedia menjadi pembangkang tetap.

PH sepatutnya fokus memperkemas pendekatan ‘electoral pact’ yang lebih praktikal. Maksudnya, PH perlu membina tawaran ekonomi, kebajikan dan pembangunan berkualiti yang tidak boleh ditolak oleh rakyat, pengundi atas pagar dan menarik minat parti pembangkang lain untuk bersetuju atas dasar dan prinsip. Tidak ada nilainya jika semua pembangkang bersatu tetapi akhirnya sukar menjadi kerajaan akibat percanggahan dasar yang ketara.

Suka atau tidak, hari raya pada 3 Mei lalu menandakan permulaan kempen PRU15. Meskipun di atas kertas, UMNO-BN mempunyai kelebihan untuk menang PRU15, dinamik politik Malaysia yang sentiasa bergerak dan berubah-ubah dengan pantas, akan memberi ruang kepada parti politik pembangkang memberi tekanan kepada UMNO-BN.

Persaingan sengit ini akan menambah ketidakpastian tentang parti mana yang mampu membentuk kerajaan di mata rakyat.  Boleh jadi, PRU15 bakal menyaksikan pertarungan gabungan parti politik yang terburuk, seperti yang berlaku dalam pilihan raya Presiden Perancis. Dan di antara yang terburuk itu, rakyat perlu memilih salah satu daripadanya untuk membentuk kerajaan. Sudah pasti, situasi ini akan menggemukkan kumpulan pengundi atas pagar yang sukar membuat keputusan untuk direbut oleh semua parti politik.

Di sini, terletaknya kebijaksanaan dan peranan rakyat untuk memilih pemimpin dan kerajaan mana yang mampu mentadbir negara. Akhirnya, setiap keputusan berdasarkan proses demokrasi yang bersih dan adil perlu dihormati oleh pengundi dan pemimpin, bukan untuk dikhianati lagi.


Adakah Ini Hari Raya Terakhir Sebelum PRU15? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list