Artikel Terkini

Adam Shahz Nafi Tuduhan Bekas Isteri, Ada Simpan Bukti Bayar Nafkah

Adam Shahz Nafi Tuduhan Bekas Isteri, Ada Simpan Bukti Bayar Nafkah
Adam Shahz Nafi Tuduhan Bekas Isteri, Ada Simpan Bukti Bayar Nafkah 1

Didakwa gagal membayar nafkah selepas bercerai, pelakon Adam Shahz tampil menjawab tuduhan dilemparkan bekas isterinya, aktres Fatin Afeefa.

Memetik mStar Online, Adam berkata dia tidak mengabaikan tanggungjawab serta mempunyai bukti transaksi pembayaran nafkah.

BACA:

“Saya ada semua transaksi pembayaran nafkah sebagai bukti. Kalau ada yang hilang pun boleh pergi bank minta print semula. Tak wujud isu kononnya saya gagal membayar nafkah,” katanya

Menurut Adam lagi, dia menyifatkan tindakan Fatin itu seolah sekadar ingin meraih perhatian ramai di media sosial sehingga dia dikecam netizen.

“Benda ini tidak sepatutnya berlaku. Dia seolah-olah menjadikan saya bahan marketing dengan cerita kisah ini di media sosial sehingga ada orang yang maki saya.

“Apa yang cuba dia sembunyikan sehingga saya dijadikan sebagai ‘benteng’ untuk orang maki? Jangan seronok sangat bercakap kerana takut nanti ada perkara yang tidak sepatutnya terlepas,” katanya.

Dalam pada itu, Adam turut meminta bekas isterinya itu membawa hal tersebut ke pengadilan atau tindakan undang-undang jika benar dia mengabaikan tanggungjawab.

“Kalau ada cerita begini biasanya lelakilah yang akan nampak salah. Daripada cerita di media sosial lebih baik dia mengadu ke mahkamah jika saya tidak bayar nafkah. Gunakan jalan yang betul.

“Apa yang dia buat beri kesan kepada saya dan keluarga. Orang sekeliling mula bercakap tentang kisah lama kami.

“Sekarang orang sudah tahu bahawa saya bukan suami pertama. Dia sendiri yang buka kisah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Adam berkata dia sukar untuk bertemu dengan anaknya susulan pelbagai alasan diberikan bekas isterinya serta nekad untuk mendapatkan haknya sebagai bapa.

“Hak penjagaan anak tidak diputuskan oleh mahkamah dan kami setuju untuk melakukannya bersama. Sejak bercerai anak kami tinggal bersama keluarga Fatin dan saya akan datang ambil apabila ingin berjumpa.

“Namun sejak dua minggu lalu saya sudah tidak bertemu anak. Katanya belajar di sekolah tahfiz dari pagi sehingga malam. Macam-macam alasan diberikan.

“Saya dah tak boleh berdiam. Selama ini asyik nak sorokkan kisah sebenar dan menjaga aib. Sebagai langkah awal saya akan buat tuntutan di mahkamah tentang hak penjagaan anak. Selebihnya saya belum boleh kongsi,” katanya.


Adam Shahz Nafi Tuduhan Bekas Isteri, Ada Simpan Bukti Bayar Nafkah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list