Artikel Terkini

Agenda Barat Terhadap Ekonomi Islam Turki

Agenda Barat Terhadap Ekonomi Islam Turki
Agenda Barat Terhadap Ekonomi Islam Turki 1
Follow our Telegram

Kejatuhan Uthmaniyah pada tahun 1922 dianggap suatu lambaian terakhir pada sistem khilafah. Sampai hari ini, dunia tidak mempunyai seorang pemimpin berstatus khalifah.

Sebagai bangsa terakhir yang berkhalifah, Turki mempunyai nilai sentimen yang tinggi dalam kalangan umat Islam terutamanya di Malaysia dan Pakistan.

Jadi apabila Recep Tayyip Erdogan mula kelihatan lantang pada landasan pro-Islamis, semua nampak seolah-olah Turki kembali bersinar dengan imej khilafah.

Walau bagaimanapun ekonomi Turki sejak kebelakangan ini kelihatan teruk dipukul cabaran dan dugaan. Ada yang menuduh bahawa ini adalah hasil kerja Barat.

Krisis ekonomi Turki berlaku kerana pucuk politiknya yang mempengaruhi faktor kewangan.

Pertama sekali, ekonomi Turki sekarang adalah hasil acuan Erdogan yang berkuasa sejak 14 Mac 2003.

Kapasiti Perdana Menteri sebelum ini menjadi titik tolak yang menentukan landskap ekonomi.

Kemudian Erdogan naik menjadi Presiden Turki pula, sambil berjanji yang jawatan ini sekadar istiadat semata-mata – bahawasanya kuasa ekonomi masih dipegang Perdana Menteri.

Tetapi beliau berpaling arus dan menukarkan perlembagaan negara, yang sekarang meletakkan diri beliau setaraf dengan Joe Biden dan Joko Widodo dalam negara masing-masing.

Agenda Barat Terhadap Ekonomi Islam Turki 2
Pergaduhan orang tua: Biden kata Erdogan autokrat, Erdogan minta Biden tongong.

Dengan erti kata lain, beliau berkuasa dari segi ekonomi hampir 20 tahun.

Selama 20 tahun inilah Turki mencatatkan defisit akaun semasa yang sangat tinggi. Kerajaan Erdogan cuba menampung defisit ini, dengan cara meningkatkan produktiviti negara.

Masalahnya sekarang, sektor swasta negara pula terbeban dengan hutang luar yang sangat tinggi. Dua benda ini bukan isu besar mana pun. Negara-negara lain turut terbeban juga.

Cuma kerajaan Turki mengamalkan dasar faedah yang luar biasa, sampai memakan diri.

Pucuk pada segala masalah bermula kerana temu bual Erdogan dengan pihak Bloomberg pada 14 Mei 2018. Dalam temu bual tersebut, Erdogan menempelak kadar faedah negara dan mempertikaikan kebebasan Bank Pusat (Daragahi, 2018).

Dengan erti kata lain, ekonomi Turki patut berpaut pada Erdogan… bukan Bank Pusat. Kenyataan ini menimbulkan kegusaran dalam kalangan pelabur.

Ramai menarik pelaburan daripada ekonomi Turki. Dan pasaran Turki menunjukkan kesan dalam masa 10 hari sahaja… apabila matawang lira menjunam daripada “AS$1.00 = TRL4.23” ke “AS$1.00 = TRL6.00”.

Prestasi lira terus merosot tanpa henti sampai “AS$1.00 = TRL16.66” pada 19 Disember 2021.

Agenda Barat Terhadap Ekonomi Islam Turki 3
Graf menunjukkan aktiviti lira antara 2019 hingga 2021

Walhal semasa Erdogan baru berkuasa sebagai Perdana Menteri, matawang lira bukan main gagah perkasa dengan tukaran “AS$1.00 = TRL1.58”.

The Erdogan Problem?

Kelemahan matawang tidak pernah membawa petanda baik terhadap sebuah ekonomi. Malaysia pada tahun 2013-2015 pernah mengalami kemerosotan matawang yang sampai sekarang tidak pulih.

Impian AS$1 = RM3.00 sudah lama meninggalkan minda rakyat, yang sekarang biasa dengan paras RM4.00. Tetapi pentadbiran Najib Razak berjaya mengekang tempias buruk inflasi… sesuatu yang sedang membaham rakyat Turki sekarang.

Apabila lira merosot, Erdogan melarang Bank Pusat kacau kadar faedah. Dalam mata pelabur, ekonomi Turki sudah rapuh kerana pertembungan institusi.

Mereka juga tidak senang apabila ahli-ahli politik Turki dilantik menteri dan pengarah hanya kerana setia pada Erdogan… bukan atas justifikasi pengalaman (Harvey, 2018). Benar atau palsu tidak menjadi penentu sekarang… kerana pelabur nampak “loyalism” sebagai bahana pada ekonomi.

Untuk mewajarkan larangannya, Erdogan berkata kadar faedah diharamkan Islam. Tetapi Bank Pusat Turki tetap naikkan kadar faedah (Alderman & Prashant, 2018).

Apabila Bank Pusat naik, bank-bank tempatan pun menyahut. Ramai dalam kalangan rakyat Turki sudah tidak mampu membuat hutang untuk beli rumah, kerana kadar faedah terlalu tinggi.

Aktiviti hartanah turun 14 peratus, memberi kesan terhadap perbendaharaan negara. Dan perbendaharaan negara itu sendiri sedang menanggung sakit kepala, apabila AS$6 bilion keluar daripada Turki dalam masa sebulan.

RUJUKAN:

Alderman, L., & Prashant, S. (2018, September 13). Defying Erdogan, Turkey’s Central Bank Raises Interest Rates. The New York Times.

Daragahi, B. (2018, Mei 25). Erdogan Is Failing Economics 101. Foreign Policy.

Harvey, B. (2018, Mei 18). Why Investors Have Become Skittish About Turkey. Bloomberg.

[ad_2]
Source
[vc_row][vc_column][vc_column_text woodmart_inline="no" text_larger="no"][sociallocker id="61266"]Agenda Barat Terhadap Ekonomi Islam Turki 4[/sociallocker][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row] kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list