Artikel Terkini

Ahli terima hakikat UMNO ditakdir dalam Kerajaan Perpaduan

Ahli terima hakikat UMNO ditakdir dalam Kerajaan Perpaduan
Ahli terima hakikat UMNO ditakdir dalam Kerajaan Perpaduan 1

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli UMNO kini boleh berlapang dada dan menerima hakikat bahawa parti itu telah ditakdirkan berada dalam Kerajaan Perpaduan.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun berkata, parti itu bersama dalam Kerajaan Perpaduan setelah pelbagai usaha dilakukan oleh pucuk pimpinan untuk menjamin survival UMNO selepas Pilihan Raya Umum-15.

Kedudukan UMNO ini, menurut Khairul Azwan, datang dengan hikmah besar.

Parti itu masih mampu meneruskan agenda membantu rakyat walaupun telah kehilangan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

“Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disokong oleh parti-parti induk iaitu BN dan GPS, adalah sebuah legitimasi sistem demokrasi yang utuh dan telus.

“Proses penubuhan Kerajaan Perpaduan ini telah melalui langkah-langkah yang dikawal-selia sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut lunas-lunas perlembagaan,” katanya.

Tambah Khairul Azwan, keabsahan kedudukan Perdana Menteri yang dibuktikan melalui usul percaya di Parlimen tempoh hari juga memberi titik noktah kepada segala pertikaian dan persoalan yang sengaja ditimbulkan.

Ini termasuk usaha oleh segelintir pihak yang mahu menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu Khairul Azwan menegaskan, sebarang usaha untuk mengubah pucuk pimpinan UMNO sedia ada akan membawa risiko ketidakstabilan politik dalam Kerajaan Perpaduan.

Keputusan sebahagian besar perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 untuk menyokong usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan menurut beliau, merupakan manifestasi daripada kesedaran ahli UMNO.

Katanya, ahli UMNO memahami mengenai perlunya mengekalkan pucuk pimpinan demi kestabilan politik negara.

“Justeru, ahli-ahli UMNO perlu meneruskan usaha-usaha memperkuatkan semula parti di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi menghadapi enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Ahli-ahli UMNO juga perlu memberi peluang sepenuhnya kepada Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan dasar dasar baharu dan program-program pemulihan ekonomi demi kesejahteraan dan
kemakmuran rakyat,” katanya dalam kenyataan. – MalaysiaGazette

Ahli terima hakikat UMNO ditakdir dalam Kerajaan Perpaduan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list