Artikel Terkini

Ahmad Syihan ‘kunci mulut’ spekulasi ke JDT

Ahmad Syihan ‘kunci mulut’ spekulasi ke JDT
Ahmad Syihan 'kunci mulut' spekulasi ke JDT 1

PETALING JAYA – Penjaga gol sensasi negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed memilih untuk mengunci mulut mengenai destinasi baharunya musim depan biarpun kini hangat dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Bekas pemain Negeri Sembilan FC berusia 26 tahun itu berkata, sehingga hari ini terdapat sekurang-kurangnya tiga pasukan telah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmatnya.

Namun, beliau berkata, fokus kini tertumpu kepada tugasan bersama pasukan negara yang bakal mengharungi saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 dari 20 Dis hingga 16 Jan depan.

“Mengenai destinasi saya tidak boleh beritahu, tunggu keputusan yang akan diumumkan (bakal kelab). Saya sekarang hanya fokus kepada pasukan kebangsaan dan Piala AFF.

“Saya sasarkan musim depan untuk jadi lebih baik, tingkatkan (usaha baiki) kekurangan dan saya akan bagi lebih lagi daripada tahun ini,” katanya ketika ditemui pada kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM di sini hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Syihan tidak menolak kemungkinan bakat dan potensinya dapat dikembangkan sehingga mencapai tahap terbaik sekiranya berada di kelab yang tepat, namun menyerahkan segalanya kepada takdir.

“Bagi saya (tentang) pilihan kita kena pilih mana lebih baik dan yang mana boleh bagi ilmu lebih mendalam lagi supaya dapat majukan karier kita. Minit permainan penting tapi atas diri masing-masing juga.

“Kalau dalam latihan kita main-main, apabila hari perlawanan tidak menjadi juga, jadi dalam latihan kena bagi 100 peratus dan dalam perlawanan juga perlu bagi yang sama,” katanya.

Jumaat lepas, Negeri Sembilan mengumumkan Ahmad Syihan sah meninggalkan kelab itu selepas bersama dengan pasukan pada musim 2018 sebelum menyertai Petaling Jaya (PJ) City FC dan kembali mewakili pasukan itu musim ini.

Nama Ahmad Syihan mula dikaitkan dengan perpindahan ke JDT selepas beraksi cemerlang bersama skuad kebangsaan terutama ketika berdepan Thailand dan Tajikistan pada kejohanan Piala Raja Thailand di Chiang Mai, September lepas.

Ketangkasan beliau pada kejohanan empat penjuru itu mendapat pujian secara meluas daripada peminat serta pemerhati bola sepak tempatan sehingga ada yang beranggapan beliau layak diberi tanggungjawab sebagai penjaga gol utama pasukan negara.

Posisi itu lebih kerap digalas penjaga gol berpengalaman Mohd Farizal Marlias, namun penjaga gol nombor satu JDT berusia 36 tahun itu tidak disenaraikan dalam kempen Piala AFF 2022. – Bernama

Ahmad Syihan 'kunci mulut' spekulasi ke JDT 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list