Artikel Terkini

AirAsia X Kembali, Umum Laluan Penerbangan Baharu Ke London, Istanbul Dan Dubai

AirAsia X Kembali, Umum Laluan Penerbangan Baharu Ke London, Istanbul Dan Dubai
AirAsia X Kembali, Umum Laluan Penerbangan Baharu Ke London, Istanbul Dan Dubai 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

AirAsia X kembali terbang tinggi! Sebagai permulaan era baharu untuk perkhidmatan penerbangan jarak jauh tambang rendah, AirAsia X (AAX) hari ini mengumumkan ia bakal terbang dari Kuala Lumpur ke London, Dubai dan Istanbul pada tahun ini. Pada masa yang sama, AAX juga meraikan pelancaran empat laluan baharu ke Jepun dan Hawaii yang akan mula dijual mulai hari ini.

Dengan pengumuman hari ini, AAX kini menawarkan penerbangan ke tujuh laluan popular dari Kuala Lumpur ke New Delhi, Sydney, Seoul (Incheon), Tokyo (Haneda), Sapporo (Chitose), Osaka (Kansai) dan dari Osaka (Kansai) ke Honolulu.

AirAsia X Kembali, Umum Laluan Penerbangan Baharu Ke London, Istanbul Dan Dubai 2

Semua laluan ini tersedia untuk ditempah bermula hari ini hingga 26 Jun 2022, untuk tempoh perjalanan antara 1 Julai 2022 dan 26 Mac 2023, bermula daripada RM499 (tambang sehala termasuk semua*) untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM1,499 untuk tempat duduk Premium Flatbed.

Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif Capital A dan Pengasas AirAsia X berkata: “Hari ini merupakan hari yang bermakna kerana AAX telah kembali melebarkan sayapnya dengan semangat baharu.

“Penyambungan semula empat laluan jarak sederhana popular dan pengumuman tiga perkhidmatan jarak jauh baharu pada hari ini merupakan satu lagi pencapaian yang membanggakan setelah kami melalui satu tempoh yang sukar dalam sejarah industri penerbangan.

“Kami teruja untuk kembali ke London dan melancarkan penerbangan buat pertama kali ke Dubai dan Istanbul.

“Istanbul adalah salah satu destinasi kegemaran saya dan saya tidak sabar untuk kembali ke negara itu tidak lama lagi. Kami yakin semua destinasi-destinasi ini akan menjadi popular dan kami mengalu-alukan semua tetamu terbang bersama kami,” kata Datuk Kamarudin Meranun.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata: “Kami kini kembali dengan semangat dan jenama baharu. Kami telah memanfaatkan waktu sekatan perjalanan untuk menyemak semula setiap aspek operasi untuk menawarkan lebih nilai dan pilihan dalam perkhidmatan penerbangan jarak sederhana dan jauh.

“Kini dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa di seluruh dunia, kami dapat meneruskan operasi ke destinasi paling popular kami termasuk Australia, Jepun, Hawaii, India dan Korea Selatan terlebih dahulu.

“Pengumuman penyambungan semula empat laluan ke Jepun dan Hawaii serta pelancaran penerbangan ke London, Istanbul dan Dubai hanyalah permulaan. Kami mempunyai lebih banyak destinasi dalam perancangan yang akan kami umumkan tidak lama lagi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, kata Benyamin.

Benyamin juga yakin semua perkhidmatan AirAsia X yang disambung semula atau baharu ini akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan mereka akan kembali kepada kapasiti pra-Covid di beberapa laluan utama kami dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Sebelum anda membeli tiket AirAsia X, ini beberapa lokasi yang anda boleh masukkan dalam wishlist anda.

Tidak Lengkap Percutian Anda Ke Perth, Australia Jika Tidak Melawat 8 Lokasi Ini

Tip Penting Buat Mereka Yang Pertama Kali Ke Jepun


AirAsia X Kembali, Umum Laluan Penerbangan Baharu Ke London, Istanbul Dan Dubai 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list