Artikel Terkini

Akaun tiba2 aktif, individu ‘dipercayai’ Tangmo hubungi Gatick, lain pula reaksi ibu mendiang

Akaun tiba2 aktif, individu ‘dipercayai’ Tangmo hubungi Gatick, lain pula reaksi ibu mendiang
Akaun tiba2 aktif, individu 'dipercayai' Tangmo hubungi Gatick, lain pula reaksi ibu mendiang 1

Beberapa bulan lalu, nama selebriti terkenal Thailand, Tangmo Nida menjadi sorotan orang ramai apabila dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan yang menyayat hati dan ‘aneh’ sehingga timbulnya rasa tidak puas hati di kalangan warganet.

Ekoran itu, pelbagai bukti-bukti dibongkarkan oleh warganet bagi membantu memudahkan pihak polis melakukan penyiasatan terhadap pelakon tersebut.

Malangnya, kes tersebut dikatakan berlaku lemas dan bukannya jatuh dengan sengaja ke dalam Sungai Chao Praya serta disebabkan kecuaian rakan-rakannya selepas siasatan selama dua bulan dilakukan.

Walaupu sudah lama ‘menyepi’, nama Tangmo Nida kini kembali menghantui orang ramai apabila akaun Facebook milik mendiang secara tiba-tiba kembali aktif.

Ini dapat dilihat apabila beberapa kepingan gambar dan video yang dikatakan seakan-akan mahu mendedahkan bukti kejadian sebenar ketika terjatuh dari sebuah bot pada Februari lalu, selain melakukan siaran langsung.

Akaun tiba2 aktif, individu 'dipercayai' Tangmo hubungi Gatick, lain pula reaksi ibu mendiang 2

Antara perkongsian yang berjaya meraih perhatian dan menimbulkan spekulasi disebalik insiden itu berlaku adalah gambar semasa berada di belakang speedboat itu.

Berdasarkan kasyen yang ditulis oleh individu yang didakwa sebagai Tangmo mengatakan orang yang duduk di bahagian belakang bot itu merupakan rakan-rakannya.

Orang yang duduk di belakang bot laju itu merupakan anda, kawan-kawan saya. Dari jam 8.45 pm, saya sudah tiada di atas bot laju itu.

Kalau sesiapa yang mahu melihat gambar terakhir yang berada dalam telefon pintar Tangmo, nanti akan dikongsikan untuk tengok, okey!”

Akaun tiba2 aktif, individu 'dipercayai' Tangmo hubungi Gatick, lain pula reaksi ibu mendiang 3

Melihat kepada perkongsian itu, ramai berpandangan dan berharap agar individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan akaun Facebook tersebut adalah Bang Jack.

Terkini, menurut video yang dikongsikan oleh Thairath Online di laman Youtube mereka, pengurus selebriti itu, Gatick memberitahu dirinya menerima panggilan daripada individu yang menggelarkan dirinya sebagai Tangmo.

Mengulas lanjut mengenai perbualan tersebut, Gatick mengatakan dirinya menjawab panggilan video yang masuk menerusi aplikasi Line atas nama mendiang Tangmo ketika sedang bersiap sedia untuk ditemubual oleh tiga orang wartawan.Akaun tiba2 aktif, individu 'dipercayai' Tangmo hubungi Gatick, lain pula reaksi ibu mendiang 4

Apa yang mengejutkan wanita itu sebaik sahaja menjawab panggilan tersebut, dia melihat gambar sulit mendiang iaitu tanpa pakaian. Pada masa yang sama, Gatick memohon jasa baik para wartawan untuk tidak menyebarkan rakaman tersebut.

Tambahnya, terdapat suara seseorang yang memaksa Gatick untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku atas bot laju, jika dia akan menyebarkan kesemua gambar privasi yang terkandung dalam telefon itu, termasuklah gambar Gatick.Akaun tiba2 aktif, individu 'dipercayai' Tangmo hubungi Gatick, lain pula reaksi ibu mendiang 5

Mendengar kepada perbualan yang dilalui oleh pengurus mendiang, pengacara televisyen Thairath menelefon peguam peribadi ibu mendiang mengenai perkara itu.

Peguam itu memaklumkan ibu mendiang tidak mahu membuat laporan mengenai perkara tersebut. Katanya, dia tidak mahu sakit kepala bagi memikirkan hal itu.

Ini kerana ibu mendiang, Panida Siriyudthayothin mahu memberi fokus kepada upacara membakar mendiang terlebih dahulu.

Selain itu, peguam itu turut disoal mengenai telefon bimbit milik mendiang, namun mengatakan dirinya sendiri pun tidak tahu akan keberadaan peranti tersebut.

Untuk makluman, esok (24 Mei) merupakan hari upacara membakar mendiang Tangmo.

Sumber: Facebook Joyce Manirath, Youtube Thairath online


Akaun tiba2 aktif, individu 'dipercayai' Tangmo hubungi Gatick, lain pula reaksi ibu mendiang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list