Artikel Terkini

Aktivis Iklim Gam Tangan Di Lantai, Kecewa Pekerja Volkswagen Tidak Endahkan Kehendak Mereka

Aktivis Iklim Gam Tangan Di Lantai, Kecewa Pekerja Volkswagen Tidak Endahkan Kehendak Mereka
Aktivis Iklim Gam Tangan Di Lantai, Kecewa Pekerja Volkswagen Tidak Endahkan Kehendak Mereka 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sekumpulan aktivis iklim berasa ‘ralat’ selepas melancarkan protes di Jerman baru-baru ini. Ahli Scientist Rebellion merupakan sekumpulan ahli akademik ‘menyeru revolusi iklim’ telah ‘melekatkan diri’ mereka pada lantai konkrit pavilion Porsche di Autostadt dan pameran kereta mewah Volkswagen di Wolfsburg.

Artikel Berkaitan:

Menurut laman Ladbible, kakitangan di pusat pameran itu membenarkan penunjuk perasaan meneruskan demonstrasi mereka sepanjang hari. Apabila waktu kerja tamat, mereka menutup lampu dan pemanas dan meninggalkan kumpulan aktivis itu sendirian. Bagaimanapun, hanya dua jam selepas protes aman itu bermula, aktivis sudah mula komplen.

Salah seorang penunjuk perasaan telah berkongsi ciapan Twitter mengenai rungutan tentang bagaimana pekerja di bilik pameran kereta itu tidak melakukan apa-apa untuk membantu mereka.

Aktivis Iklim Gam Tangan Di Lantai, Kecewa Pekerja Volkswagen Tidak Endahkan Kehendak Mereka 2

“Mereka menolak permintaan kami untuk memberikan kami mangkuk untuk membuang air kecil dan besar dengan cara yang sopan sepanjang masa kami ‘melekat’, dan telah mematikan pemanas,” kata Gianluca Grimalda, salah seorang peserta penunjuk perasaan.

Beliau berkata beberapa aktivis telah melancarkan mogok lapar bersama demonstrasi mereka dan tidak akan makan makanan sehingga tuntutan mereka dipenuhi.

Menurut laman web Scientist Rebellion, penunjuk perasaan telah menyasarkan negara Jerman kerana ekonomi negara berkenaan telah mendapat manfaat lebih daripada yang lain daripada membakar bahan api fosil dan eksploitasi sumber. Mereka juga menuduh Jerman ‘gagal teruk’ dalam mencapai sasaran iklim dan biodiversiti.

“Kami tidak boleh memesan makanan kami sendiri, kami mesti makan apa yang disediakan oleh Wolkswagen. Lampu dipadam. Pemeriksaan secara rawak oleh pengawal keselamatan dengan lampu suluh yang terang,” rungut Grimalda tentang bagaimana mereka diperlakukan selepas melancarkan protes tersebut.

Penunjuk perasaan bermalam di dalam bilik pameran itu dan Grimalda berkata kecederaan yang berlaku pada tangannya akibat melekatkannya ke lantai agak teruk. Beliau menyatakan tangannya bengkak dan doktor terpaksa dibawa masuk untuk membuat pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kemungkinan terdapat pembekuan darah di tangan saya dan mengesyorkan saya untuk segera ke hospital. Oleh kerana kesihatan saya lebih penting, saya bersetuju untuk meninggalkan kumpulan protes yang hebat ini dan dibawa ke hospital dan meneruskan mogok lapar,” kata Grimalda.

“Selepas 42 jam protes aman di dalam bilik pameran Porsche di Autostadt, pihak Volkswagen telah memanggil polis untuk menghentikan protes. Kami meminta Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen membincangkan tuntutan kami untuk menyahkarbonkan sektor pengangkutan, tetapi sebaliknya mereka menghantar polis pula,” luah Grimalda dengan penuh kecewa.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.


Aktivis Iklim Gam Tangan Di Lantai, Kecewa Pekerja Volkswagen Tidak Endahkan Kehendak Mereka 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list