Artikel Terkini

Alami Kecederaan Dipaksa Buat ‘Stunt’, Wafariena Terkilan Pengarah Lepas Tangan

Alami Kecederaan Dipaksa Buat ‘Stunt’, Wafariena Terkilan Pengarah Lepas Tangan
Alami Kecederaan Dipaksa Buat ‘Stunt’, Wafariena Terkilan Pengarah Lepas Tangan 1

Pelakon Wafariena Roslan dimasukkan ke sebuah hospital perubatan di Rawang, Selangor selepas mengalami kecederaan akibat  melakukan babak aksi penggambaran telemovie berjudul Mata Tak Berhijab.

Memetik mStar Online, Wafariena berkata badannya mula berasa sakit selepas diminta melakukan babak aksi sekitar jam 3 pagi di sebuah kawasan hutan terletak di Lenggong, Perak.

BACA: Melatah Sejak Usia 18 Tahun, Wafariena Risau Tertetak Orang

Menurut Wafariena babak itu sepatutnya dilakukan oleh pelakon lagak ngeri namun pengarah memintanya untuk melakukan aksi itu sendri.

“Lepas melakukannya badan saya mula rasa sakit sehingga badan lemah tidak boleh bergerak. Sekitar pukul 6 pagi, saya pergi ke klinik berhampiran dan doktor berikan suntikan ubat tahan sakit.

“Namun, disebabkan keadaan saya sakit teruk, doktor minta saya melakukan pemeriksaan di hospital,”katanya.

Dalam pada itu, Wafariena turut meluahkan rasa terkilan apabila pengarah drama tersebut seolah bersikap lepas tangan dan tidak langsung bertanya khabar mengenai dirinya.

“Selepas kejadian itu, pengarah langsung tidak bertanya sata okay atau tidak. Dia seolah-olah lepas tangan. Itu yang membuatkan saya rasa terkilan.

“Saya terpaksa dipapah ketika kejadian kerana tidak boleh bergerak. Punca jadi begini pun disebabkan dia yang paksa saya melakukan aksi stunt sendiri,” katanya.

Sementara itu, Wafariena berkata kini sedang menunggu keputusan pemeriksaan lanjut pihak hospital sebelum menerima rawatan lanjut.


Alami Kecederaan Dipaksa Buat ‘Stunt’, Wafariena Terkilan Pengarah Lepas Tangan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list