Artikel Terkini

Amber Heard Dirakam Membeli-Belah Di Butik Murah Selepas Disaman RM65 Juta

Amber Heard Dirakam Membeli-Belah Di Butik Murah Selepas Disaman RM65 Juta
Amber Heard Dirakam Membeli-Belah Di Butik Murah Selepas Disaman RM65 Juta 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sejak keputusan mahkamah menyebelahi Johnny Depp dalam satu perbicaraan kes fitnah paling kontroversi pernah disaksikan masyarakat seluruh dunia, segala kelakuan Amber Heard menjadi perhatian orang ramai.

Dalam salah satu video yang tular di media sosial, kelihatan Heard sedang meneliti tanda barang dan tawaran diskaun pakaian di salah sebuah butik murah di Bridgehampton, New York.

Amber Heard Dirakam Membeli-Belah Di Butik Murah Selepas Disaman RM65 Juta 2

Bagaimanapun, apabila Heard yang berusia 36 tahun menyedari dia sedang dirakam, dia melarikan diri dari tempat kawasan tersebut sambil meninggalkan bakul yang terdapat beberapa pakaian yang nampaknya mungkin akan dibeli olehnya.

Amber dilaporkan bersama dengan adiknya, Whitney Henriquez, yang menjadi antara individu paling rapat dengan Amber. Henriquez juga pernah dipanggil memberi keterangan bagi pihak Amber dalam tuntutan mahkamah yang difailkannya terhadap bekas suaminya Depp.

Difahamkan bahawa keputusan mahkamah yang menyebelahi bekas suaminya telah memberi tamparan hebat kepada ekonomi pelakon tersebut. Kumpulan peguam yang mewakili Amber berpendapat bahawa pelakon yang membintangi Aquaman itu tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk menampung ganti rugi 8.3 juta dolar yang diberikan kepada Johnny oleh pihak juri.

Depp sebelum ini menyatakan hasratnya untuk memaafkan Amber jika beliau tidak mampu untuk melunaskan denda tersebut. Bagaimanapun, Depp mula berganjak daripada pendiriannya selepas Amber berkeras untuk tidak menarik balik sebarang tuduhannya terhadap Depp dan menyatakan hasrat kepada umum untuk merayu keputusan Mahkamah.

Dengan undang-undang yang menyebelahi bekas suaminya dan tuntutan ganti rugi yang mencecah jutaan dolar, Amber kini dilihat berada dalam satu situasi buruk sehingga ia memberi impak kerjayanya yang kini seolah berada di hujung tanduk.

Johnny Depp menang kes fitnah, Amber Heard diarah bayar ganti rugi RM65 juta. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Johnny Depp Menang Kes Fitnah, Amber Heard Diarah Bayar Ganti Rugi RM65 Juta

Milani Cosmetics Buktikan Amber Heard ‘Menipu’ Dalam Kes Saman Fitnah Johnny Depp

Rakaman Audio Adalah Bukti Johnny Depp Jadi Mangsa Keganasan Amber Heard


Amber Heard Dirakam Membeli-Belah Di Butik Murah Selepas Disaman RM65 Juta 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list