Infotainment

Ambil Sebab Arahan Suami, Ellie Suriaty Dah Lengkap Dua Dos Vaksin

Ambil Sebab Arahan Suami, Ellie Suriaty Dah Lengkap Dua Dos Vaksin
Ambil Sebab Arahan Suami, Ellie Suriaty Dah Lengkap Dua Dos Vaksin 1

Pelakon dan juga pengarah, Ellie Suriaty memaklumkan bahawa dia sudah lengkap dua dos vaksinasi jenis Sinovac yang diambil pada bulan Oktober dan November tahun lalu.

Azri Iskandar


3 bulan lalu

Azri Iskandar Maklum Terpaksa Tipu Ellie Suriaty Hendak Ke Bengkel Kereta, Padahal Ambil Vaksin

Kata Ellie, dia mengambil vaksin COVID-19 itu kerana menghormati arahan suami tercinta, pelakon Azri Iskandar.

Jelasnya lagi, dia bukanlah seorang anti-vaksin seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini namun hanya menyuarakan pendapat mengenai ujian klinikal suntikan pelali tersebut.

Saya bukan seorang anti-vaksin. Saya ambil vaksin lain seperti BCG, Polio dan sebagainya. Mengenai vaksin COVID-19, saya cuma suarakan pendapat saya. Tak salah untuk saya suarakan pendapat.

Saya sudah menerima dua dos vaksin jenis Sinovac. Saya ambil vaksin kerana suami. Azri sudah bagi saya masa selama dua tahun untuk saya bersuara mengenai vaksin dan wabak ini serta menyokong saya.

Tambah Ellie, dia ada ‘berperang’ sebentar dengan Azri berikutan isu ini namun dia tetap mengikuti apa kata suami kerana rasa hormat dan mengikuti arahan pasangannya itu.

Maklum pelakon telefilem Ayat Dari Langit ini lagi, anak-anaknya juga sudah lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, Ellie memberitahu selain daripada menghormati arahan suami, dia sebenarnya sayangkan industri seni dan tidak akan membiarkan perkara seperti ini menjadi penghalang buatnya untuk terus bersara dan tidak lagi bergiat aktif dalam dunia hiburan.

“Sebab utama saya adalah kerana suami. Apa-apa yang terjadi, dia akan tanggung. Kedua, dia juga tahu saya sayangkan industri seni. Dia tahu saya sedih jika saya tak dapat bekerja dalam dunia seni, jadi saya menurut kata suami.” kata Ellie.


Ambil Sebab Arahan Suami, Ellie Suriaty Dah Lengkap Dua Dos Vaksin 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo