KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya semalam.
Presiden NGO Muafakat Nasional itu bagi bertukar-tukar pandangan dengan bekas perdana menteri itu di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP).
“Terima kasih Tun Dr Mahathir Mohamad kerana sudi menerima kunjung hormat saya di Yayasan Kepimpinan Perdana.
“Ini adalah kali pertama saya sampai ke YKP untuk kami bertukar-tukar pandangan,” katanya di media sosialnya semalam.
Bagaimanapun Annuar tidak menyatakan tujuan dan apa hasil pertemuan beliau dengan Dr. Mahathir.
Dalam masa yang sama, Annuar juga mengalu-alukan penyertaan bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamarudin dalam NGO Muafakat Nasional.

“Terima kasih Datuk Zuraida Kamaruddin kerana sudi bertandang ke pejabat saya. Terima kasih juga kerana menyertai Muafakat Nasional,” katanya.
Pagi ini, Annuar mengadakan sidang media di Pejabat Perhubungan Muafakat Nasional di Plaza Damas.- MalaysiaGazette
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo