Artikel Terkini

Anwar akui wujud ketidaksefahaman dengan MCA tapi kini sudah berubah

Anwar akui wujud ketidaksefahaman dengan MCA tapi kini sudah berubah
Anwar akui wujud ketidaksefahaman dengan MCA tapi kini sudah berubah 1

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud ketidaksefahaman politik di antara MCA dan Pakatan Harapan (PH) satu ketika dahulu, namun segalanya kini berubah demi pembangunan negara.

Beliau berkata, MCA mampu menjadi sebuah parti yang dapat membantu kerajaan untuk pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Menurut beliau, meskipun sebelum ini terdapat perbezaan dalam pandangan namun, kini terdapat ruang bukan sahaja kemesraan sebaliknya, ada haluan dalam banyak pandangan.

“Saya banyak berbincang dengan Presiden MCA Wee Ka Siong dan kita tumpu kepada pembangunan dan ekonomi Malaysia,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka sempena Sambutan Tahun Baru Cina di Wisma MCA, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Majlis turut dihadiri Menteri Kabinet, perwakilan asing dan pemimpin BN.

Terdahulu, Anwar dan Wan Azizah tiba di majlis tersebut pukul 9.30 pagi dengan diiringi, Ka Siong dan Ahmad Zahid.

Ini merupakan kali pertama Anwar menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA selepas 25 tahun beliau tidak memijak kaki di bangunan tersebut.

Kali terakhir Perdana Menteri menghadiri majlis berkenaan adalah ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, sebelum dipecat daripada jawatan itu pada 1998. – MalaysiaGazette

Anwar akui wujud ketidaksefahaman dengan MCA tapi kini sudah berubah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list