Artikel Terkini

Anwar bentang Belanjawan 2023 bulan Februari

Anwar bentang Belanjawan 2023 bulan Februari
Anwar bentang Belanjawan 2023 bulan Februari 1

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2023 pada Februari depan.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Perpaduan akan membentangkan belanjawan yang lebih baik dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan memperkukuhkan prestasi ekonomi.

“Dalam menangani cabaran kos sara hidup yang kian meningkat, kerajaan akan mengambil pendekatan yang lebih bersasar bagi melindungi rakyat susah serta pengusaha kecil.

“Dengan mengurangkan ketirisan subsidi kepada golongan mahakaya dan syarikat gergasi yang meraih keuntungan yang banyak.

“Sistem perlindungan sosial juga akan diperkukuh bagi melindungi golongan rentan dan mudah terjejas, termasuk golongan pekerja informal,” katanya.

Menteri Kewangan itu berkata demikan ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2002 di Dewan Rakyat.

RUU itu membenarkan perbelanjaan sebanyak RM107,718,678,650 dikeluarkan bagi perkhidmatan kerajaan untuk sebahagian tahun 2023.

“Insya-Allah, inisiatif-inisiatif Belanjawan 2023 yang dibentangkan akan mencapai segala yang diharapkan rakyat dalam menyokong Kerajaan Perpaduan,” kata Anwar.

Menurutnya, melalui belanjawan itu, kerajaan akan menggalakkan pelaburan swasta bernilai tambah tinggi ke arah menjana peluang pekerjaan berkualiti bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Selain penyediaan insentif untuk sektor-sektor utama, pembaharuan sistem penyampaian awam akan diperhebat bagi memudahcarakan urusan perniagaan dan menangani karenah birokrasi.

Pelaburan awam pula akan diselaraskan bagi memajukan pembangunan yang inklusif khususnya dalam mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar serta antara wilayah, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Reformasi jentera pentadbiran awam juga diperlukan bagi meningkatkan integriti dan meningkatkan tatakelola demi mengoptimumkan sumber Kerajaan untuk manfaat rakyat.

Anwar berkata, keselamatan negara juga akan diperkukuh bukan sahaja aspek keselamatan sempadan tetapi juga dari perspektif jaminan makanan dan sumber tenaga.

Jelas beliau, usaha mempertingkatkan tahap sara diri pengeluaran makanan akan terus diutamakan dalam Belanjawan 2023 selaras dengan agenda kemampanan.-MalaysiaGazette

 

Anwar bentang Belanjawan 2023 bulan Februari 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list