Artikel Terkini

Anwar gesa SPRM bawa pulang segera dana 1MDB — MYKMU.NET

Anwar gesa SPRM bawa pulang segera dana 1MDB — MYKMU.NET
Anwar gesa SPRM bawa pulang segera dana 1MDB — MYKMU.NET 1

Anwar gesa SPRM bawa pulang segera dana 1MDB — MYKMU.NET

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan pantas membawa pulang setiap sen dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, ini berikutan sikap tegas terhadap rasuah dan salah guna kuasa adalah cerminan integriti masyarakat yang tinggi. Ia tidak harus ada kompromi sama sekali dalam hal melibatkan integriti.

“Saya menyambut baik kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki terkait usaha untuk membawa pulang setiap sen dana 1MDB. Saya menggesa agar SPRM mengambil tindakan pantas mengenai isu ini kerana ia melibatkan sikap kita terhadap rasuah dan penyelewengan dana awam oleh penguasa perasuah.

“SPRM juga perlu terus membongkar dan bertindak ke atas petualang perompak dana rakyat tatkala pandemik menyerang sejak dua tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan, usaha untuk membawa pulangan setiap sen dana syarikat tersebut yang diseleweng masih belum selesai.

Azam dilapor berkata, pada tahun 2020, sejumlah RM14 bilion berjaya dituntut melalui kompaun dan penyelesaian daripada pelbagai pihak manakala RM5.11 bilion lagi diperoleh pada tahun lalu.

Menurutnya, sejak tahun 2018, kerajaan mempergiat pelbagai usaha untuk mengembalikan aset 1MDB termasuklah melakukan pendakwaan terhadap beberapa individu. – UTUSAN

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Anwar gesa SPRM bawa pulang segera dana 1MDB — MYKMU.NET 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list