Artikel Terkini

Anwar isytihar harta RM11.1 juta

Anwar isytihar harta RM11.1 juta
Anwar isytihar harta RM11.1 juta 1

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat pengisytiharan hartanya iaitu nilai aset bersih berjumlah RM11,178,667.80 sebagai syarat ditetapkan partinya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Presiden PKR telah memuat naik dokumen itu di laman web parti tersebut.

“Pengisytiharan harta ini telah siap beberapa hari lalu tetapi SD (akuan bersumpah) ini ada bersama peguam, jadi saya baru tandatangan pagi tadi.

“Sudah, sudah, selesai sudah, cuma tempoh hari saya belum tanda tangan, saya belum pulang ke Kuala Lumpur. Selesai dah tiada masalah,” katanya kepada media selepas syarahan perdana ‘Ada Apa Dengan Korupsi’ di sini, hari ini.

Anwar merupakan calon PH bagi Parlimen Tambun selepas berpindah dari Parlimen Port Dickson.

Sementara itu, menerusi semakan di laman wwb calonkeadilan.org, Anwar memiliki aset tunai dan simpanan berjumlah RM828,667.83 dan hartanah bernilai RM10.3 juta.

Namun bekas menteri Kabinet itu tidak memiliki kenderaan dan barangan kemas serta karya seni dan juga hutang.  – MalaysiaGazette

Anwar isytihar harta RM11.1 juta 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list