Artikel Terkini

Anwar tak halang pimpinan negeri PH, BN bincang PRN

Anwar tak halang pimpinan negeri PH, BN bincang PRN
Anwar tak halang pimpinan negeri PH, BN bincang PRN 1

BUKIT MERTAJAM – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menghalang pimpinan negeri parti itu mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bagaimanapun, beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, tiada sebarang perbincangan rasmi mengenai pembahagian kerusi membabitkan gabungan parti itu dibuat setakat ini.

“Belum (mengenai pembahagian kerusi) secara rasmi walaupun saya tidak menghalang pimpinan di peringkat negeri mengadakan perbincangan.

“Kalau boleh cadang tarikh pada saya, boleh segerakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kenduri rakyat di Cherok Tok Kun di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta timbalannya, Lim Hui Ying dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam merangkap Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pendirian Pas yang mahu mengadakan PRN berasingan bagi Kedah, Kelantan serta Terengganu, Anwar menyifatkan ia adalah hak masing-masing.

“Itu hak mereka masing-masing dan dia rujuk dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan urusan saya. Cuma kos mengadakan (PRN) secara berasingan itu tentu akan jauh meningkat,” jelasnya.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Pas akan menetapkan sendiri mengenai tarikh yang sesuai untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) di tiga negeri ditadbir parti itu iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan di peringkat kepemimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) sebelum membuat keputusan mengenai masa yang sesuai diadakan PRN. – MalaysiaGazette

Anwar tak halang pimpinan negeri PH, BN bincang PRN 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list