Infotainment

Anzalna Nasir Sebak Ganti Siti Sarah Jadi Model Tudung

Anzalna Nasir Sebak Ganti Siti Sarah Jadi Model Tudung
Anzalna Nasir Sebak Ganti Siti Sarah Jadi Model Tudung 1

Teki-teki mengenai siapakah pengganti Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai wajah tudung di bawah legasi milik arwah terjawab apabila pelakon, Anzalna Nasir menjadi pilihan.

Perkara itu diumumkan oleh Anzalna menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Menerusi video dikongsikan, Anzalna tidak dapat menahan air mata ketiak sesi penggambaran. Lebih sebak, ibu tiri Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi dan anak perempuan Allahyarham, Talita turut mengalirkan air mata.

BACA: Tak Boleh Tidur, Anzalna Nasir Mahu Bantu Mangsa Banjir

Menerusi entri itu, Anzalna berkata pada awalnya dia berbelah bahagi untuk bekerjasama kerana jenama tersebut sudah sinonim dengan nama dan wajah Allahyarham.

“Alhamdulillah sejak bertudung banyak tawaran dari berbagai jenama tudung dari dalam dan luar negara tetapi @lovetahq menjadi pilihan Anzalna.

“Masa team @lovetahq mesej dan tanya untuk kerjasama ni, Anzalna macam berbelah bahagi sebab tudung Loveta ni memang dah sinonim dengan nama arwah Siti Sarah. Banyak kali Anzalna tanya pendapat suami,” tulisnya.

Kata Anzalna lagi, dia mengakui sesi penggambaran tersebut sangat menyentuh hati dan memohon maaf tidak dapat memberikan terbaik serta meluahkan rasa rindu dengan arwah.

“Ini shoot yang sangat menyentuh hati. Kepada team Loveta, minta maaf sekiranya Anzalna tidak dapat memberikan yang terbaik sepanjang shooting disebabkan terlalu beremosi. Anzalna sangat rindukan arwah. Al- fatihah buat arwah,” tulisnya.


Anzalna Nasir Sebak Ganti Siti Sarah Jadi Model Tudung 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo